بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Akhirnya mengalah pergi klinik swasta terus. Sakit kejap ok kejap tidak. Makan ubat panadol dan ubat batuk, selsema dan cair kahak sahaja.
Harap saya sembuh 100%. Nampaknya saya tidak dapat tahan. Tidur semalam saya batuk betul. Duduk menghadap mangkuk tandas.
Doakan saya ya. 5 hari kena sihat. Kalau tidak kena buat x-ray. Penat otak jadi kabur tapikan saya aktif bergerak sampai berpeluh cuma itulah badan rasa lemau.
Tambahan/Ingatan: Dapat ubat batuk, selsema dan antibiotik. Nasib baik sempat pergi. Klinik tutup pukul 5 petang. Sampai sana jam sudah menunjukkan 4:45 petang.
29 comments:
Syafakillah.
Semoga cepar sembuh dan dianugerahi keafiatan yang berpanjangan
Moga cepat sihat NA 🤲
Taktau la berkesan atau boleh NA amalkan. Sy ada satu petua utk hilangkan batuk gini iaitu titiskan 2-3 titik cuka makan pada tapak tangan, gosok2 dan letak pada hidung dan sedut/bau cuka tu hingga kita rasa lega. Buatlah berulang kali hingga hilang batuknya. Sy dah cuba dan berkesan utk sy.
Ya Allah!
Kurniakan kesembuhan buatnya.
Angkat lah sakitnya.
Berikan kekuatan buatnya.
Cepat sembuh ya sayang.
semoga cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
bertabah dan reda ye dengan apa yang berlaku
Allah kesiannya NA..moga cepat sembuh,memang seksa kalau batuk ni habis sakit badan
Semoga lekas sembuh NA
get well soon kakak Na, semoga cepat pulih, rindu sangat bisa membaca post post akak dengan kesehariannya ^^
Semoga cepat sembuh NA. Skrg mmg musim selsema.
Memang terasa mahal harga ubatan sekarang, walaupun sakit yang kira ringan. Semoga usaha NA berjumpa doktor jadi asbab kesembuhan.
Salah satu usaha yang biasa saya buat jika batuk2, saya minum madu kelulut. Mungkin unsur masam2 dia tu membantu kurangkan/sembuhkan batuk.
syafakillah NA semoga kembali pulih spt sedia kala. selain mkn ubat, pemakanan hatian pun jaga juga ya
Allahu. Semoga cepat sembuh kak NA. Sekarang macam-macam penyakit
kat area situ xde klinik 24jam erk.. parah tu kalo klinik xbuka bila kita memerlukan.. huhuhu
Sy pun tengah lemau ni.
Semoga NA kembali sihat dan cargas ya.
Semoga NA akan lekas sembuh ye. Makan ubat tu sampai habis dan amalkan diet sihat ye. Oh! Ya... Tahniah sbb menang pengomen tegar blog abam kie...
http://www.zukidin.com/2022/12/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html
semoga cepat sembuh.. jgn lupa mkn ubat
semoga cepat sihat dan diberikan kesembuhan
Semoga diberikan kesembuhan buat NA🤲🤲
Semoga NA cepat sembuh. Penat wo, sakit lama-lama ni.
so hari ni NA mcm mn? dah ok ke?
Semoga NA dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
Mrs.A pernah juga alami batuk berpanjangan dah macam-macam ubat moden makan tapi tak serasi.
Dengan izinya Mrs. A sembuh asbab ikut petua officemate ni perahkan limau atau lemon campur dengan kicap sikit minum.
Mrs. A guna lemon + kicap cap kipas udang buat dalam piring kecil yang biasa kedai nasi ayam letak sambal tu biasa ubat tak sedap tapi yang ni sedap hehehee...
Syafakillah..semoga cepat sembuh NA..rest well..
Semoga akak cepat sembuh seperti sediakala...
semoga cepat sembuh..bila masuk bab batuk ni, Allahu..memang x larat kan.
Semoga saat ini kak Na sudah sehat yaaa.. memang lagi banyak penyakit macam2 selepas pandemi nih. rasanya tubuh kita jadi lebih rentan terkena penyakit.
Moga cepat sembuh NA..
Musim sekarang kak NA...Pak Zain dan mak pah pun sama...
musim sakit demam skrg ni. adik brdik sy pun sama on off demam. moga cepat sihat NA.
dapat bayangkan batuk kuat tu.. alahai.. cuba makan madu na.. minum air teh cengkih dan juga makan propolis
Post a Comment