بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dilema saya untuk mampat gambar atau mengecilkan saiz gambar di bawah atau tepat pada 100 Kb. Tidak perlu aplikasi untuk pasang pada peranti.
Sebelum ini susah saya hendak letak gambar banyak-banyak sebab saiz besar. Sayang pula dengan ruang di blogger takut habis kuota. Dengan internet semput. Hendak muatnaik gambarpun ambil masa.
Kalau sesiapa ada masalah macam saya boleh taip url di bawah:
https://image.pi7.org/compress-jpeg-to-100kb
Kemudian tekan butang 'Select Images'
Taip saiz. Saya pilih 10 Kb kali ini. Tekan butang 'Compress'. Tunggu seketika. Kemudian terhasil gambar yang dimampatkan bawah 10 Kb. Kualiti gambar kurang sedikit tapi masih ok.
Tekan butang 'Download'.
Kalau Puan/Cik/Encik ada laman sesawang buat fungsi begini boleh kongsi ya. Terima kasih.
9 comments:
Info yg bermanfaat. Terima kasih kongsi :)
Info yang berguna untuk yang update blog guna henpon.
Kalau guna computer, guna Paint saja pun dah boleh resize gambar, jadi kecik.
Terima kasih kongsi ilmu.
mudah sgt ni NA... ok nnt sy cuba... gmbr2 sy mmg byk bersaiz bsr..
Selalu guna app aje na.. photo & picture resizer. Mmg best, gambar x pecah walaupun dh kecil
Kalau di hp, saya guna apps Image Size. Boleh tahan juga
thank you NA..Ada pun yang share pasal ni...
Mudah kalau boleh buat online macam nie.. TQ sis share..
saya selalu guna i love image...ia banyak fungsi
Post a Comment