Nuffnang

Monday, May 29, 2023

29 Mei 2023- Ke Pusat Utama Maxis

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya pergi juga ke Pusat Maxis di Mahkota Parade. Sudah lama tidak jejak MP sejak kali terahir umur akhir 20-an (belas tahun juga tidak masuk) Sekarang lagilah rumah sudah jauh.

Asal malas hendak pergi tapi sudah buat segala perkara. Ada satu benda ini yang bermain di fikiran tapi tidak diendahkan sebab rasa bukan perkara itu yang jadi masalah. Sekali perkara itu pula. Haha. Kena aktifkan talian rupanya baru data internet berjalan! Bukan sahaja data internet kena aktif, talianpun. Tapi dahulu boleh saja data internet aktif tapi talian tidak aktif. Mungkin sekarang sistem berbeza. Nasib baik orang yang beri perkhidmatan itu baik.

Saya datang awal pagi. 9:40 pagi sudah tercongok depan kedai. Nasib baik ada kerusi untuk duduk. Kali ini pergi abah hantar jadi pergi awal pagi supaya tidak sesak dengan kereta. Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa tidak pergi ke Pusat Maxis lain? Jawapannya pernah dahulu pergi sini (masa akhir umur 20-an) dan perkhidmatan cemerlang. Lagipun memang betul-betul pusat utama. Ada saya pergi yang cawangan di TESCO Bandaraya, kurang puas hati dengan layanan orang di sana. Jadi baik pergi ke tempat yang kita tahu baik dan tidak buat emosi makin terganggu. Haha lagipun pergi ke pusat utama sebab ingatkan masalah kronik ke. Haha rupanya remeh. Alhamdulillah lega. Orang itupun baik tolong buatkan talian aktif setahun. Suka diingatkan saya guna talian pra-bayar.  Maka ada ketika talian tidak aktif. Jadi ala separa pasca-bayar talian hidup setahun. Hidupkan balik pada 28 Mei 2024 nanti. Mungkin nanti ada tambahan fungsi hidupkan selama 5 atau 10 tahun macam lesen kereta?

Simpan di sini. Macam biasa simpan ke belakang sedikit.

P.S: Tiba-tiba rindu hendak naik bas ke MP. Mungkin akan buat apabila emak dan abah tiada di rumah dan saya bosan di rumah.

Nota tambahan: Hotlink ini banyak jenis rupanya. Saya pengguna setia selama 18 tahun. Kad sim adik bongsu, dia masuk asrama ketika Tingkatan 4. Masa itu tidak boleh bawa telefon bimbit. Jadi saya pegang dan jaga. Selalu isi kredit. Akhirnya jadi milik saya. Insya Allah harap setia. Walaupun ada tidak seronok guna Hotlink dan ada masalah sedikit dengan Maxis, masih boleh diterima karenahnya. Pernah guna Celcom dan Digi tapi talian dan nombor itu semua sudah mati. Ini tiada masalah cuma masalah kekalkan aktif. Masa itu saya ada 3 sim berbeza tapi waktu itu tiada telefon dua sim. Kena rajin tukar-tukar sim masuk dalam tefon. Tahun 2004.

18 comments:

nona sani said...

Saya dulu pengguna maxis tapi dah bertukar sejak line kat sini tak berapa helok.. Tapi masa tu ada Dua nombor .. so dengan Celcom Masih setiap..hehe...

Tuhlaa...Kalau boleh pilih nak berurusan dengan orang yg kita tahu elok layankan Dan servisnya terbaik..Baru tenang jiwa ❤️❤️

Kakmim said...

Waaa... pengguna setia maxis... sy penah pakai maxis dlu tp agak mahal so bertukar ke celcom lepas tu bila digi ada offer lg menarik bertukar ke hantu kuning pulak... dan setia sampai skrg... tp rasanya skrg digi & celcom dah combine dah

Fieza Sani said...

Akak pun baru bertukar ke Maxis dari Digi. So far guna Maxis kat kawasan rumah & handphone, line okey tak ada masalah. Akak guna line maxis untuk rumah dan juga handphone...

nohas said...

Alhamdulillah, dah settle masalah, semoga lancar internetnya...saya pun dari mula guna Maxis, setia sampai sekrg InshaaAllah, so far takde masalah, Alhamdulillah..

norhidana said...

paling malas kalau kene ke pusat utama telco, macam dana guna celcom pun dah belas tahun dari belajar walaupun kadang line dia bt hal tp sejenis malas nk pikir jadi guna jelah.

Puan Hazel said...

Alhamdulillah selesai urusannya
Sy pun setiap dgn yg satu, dah masuk tahun ke-20 rasanya masih guna Telco provider yg sama :D

mrhanafi said...

Alhamdulillah...lama betul guna Maxix hingga 18 tahun...dua tahun lagi masuk dua dekad tu

Nur said...

Alhamdulillah, dah selesai masalah ye...
Kalau Digi, kita beli data, automatik line jadi aktif. Saya pun prepaid juga, tak pernah pakai postpaid.

NA said...

Syukur. Haah rasa dahulu boleh sahaja. Entah lama tidak langgan data internet. Beza kut dengan 4G.

dear anies said...

memang apa2 masalah telco kena pergi center. center pula tak banyak.

tak apa laa NA jauh pun janji dpt selesaikan... dulu sy pn pengguna maxis tp blk kg line teruk yakmat! kadang tggl 1 bar kadang x de langsung... nk telefon kena pegi halaman rumah br dpt😁

Carneyz said...

Alhamdulillah dah selesai masalah. Harap lepas ni line lancar dan tiada gangguan. Saya pulak terbalik, mula2 guna Maxis tapi lepas tu berubah ke Celcom sampai la sekarang.

Azhafizah MN said...

Senang terus pergi HQ dapat settle cepat sikit dan servis better. Sekarang kira dah settle ye kak?

Mrs. A said...

Alhamdulillah dipermudahkan urusan NA.
Mrs. A pun sama guna pra-bayar tapi Celcom.
Dah sedekad jugalah masih setia dengan pre-paid walaupun dah banyak kali celcom offer suruh guna post-paid tak maulah nanati susah nak bajet gittewww...

Abam Kie said...

abam kie guna plan pascabayar hotlink. x perlu fikir bila tarikh tamat untuk top up line. skrg ni guna je. bila sampai bil, byr automatik dgn kad kredit maybank...semuanya menjadi mudah skrg!

anamizu said...

wahhh lama juga guna sim tu. Ana starting dulu simkad skrg ni Celcom tp lps 5 tahun, Celcom kt tmpt Ana makin problem pastu porting kpd Digi sampai sekarang kekal number lama tp under Digi.

Mbul Kecil said...

Kalau jalan jalan naik bas kapan kapan dibikin post kak na sepertinya seru..mbul tunggu..

mudah mudahan urusan mengurus numbernya lancar

mamapp said...

paling tak suka kalau tukat simcard masuk hp.. renyah huhu.. perkhidmatan kalau cemerlang tentu kita ingat kan

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waaah lamanya dah pakai nomor Maxis tuh kak 👍. Dulu waktu saya kuliah dj Penang saya pakai Digi. Sempet sih pakai Maxis, tapi rasanya lebih cocok ke digi. Jadi 4 tahun di Penang , nomor saya pakai Digi itulah. 😄