بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Syawal terakhir, taman kami adakan jamuan hari raya di padang. Kali ke-2 diadakan. Mula tahun lepas. Taman ini baru lagi, rumah-rumah belum banyak. Alhamdulillah tahun ini surau akan didirikan jadi ada jemput ahli DUN Durian Tunggal rasmikan. Surau akan dibuat di padang juga.
Buat bermula 9 -11:30 pagi. Panas tidak boleh bawa bincang. Subhanallah. Makanan macam biasa ada nasi beriani, ayam masak merah dan jelatah. Makanan raya macam nasi impit, rendang ayam cara Negeri Sembilan. Kuih raya. Bawa juga secara potluck macam emak saya bawa sukun goreng. Hehe jarang orang bawa sukun goreng. Cendol, sate ada juga.
Saya tidak makan sangat. Cuma makan nasi beriani, kek buah dan banyak minum air mineral. Peluh jangan cakap. Rasa basah belakang badan. Hehe tapikan apabila balik, petang itu saya makan banyak. Nasib baik mak tapau makanan daripada jamuan banyak.
Simpan sebagai kenangan. Tahun lepas tidak letak. Tahun lepas ramai orang taman hadiri dan saya lagi hayati makan tahun lepas.
Tahun ini datang dengan anak-anak buah kecuali Aafiya dan adik perempuan tidak ikut sebab Aafiya kena demam campak. Azim (dalam gambar) yang selalu banyak makan, kurang makan sebab makan cendol dahulu dan main dengan mainan yang diberi kepada budak-budak taman. Tidakpun sibuk main di padang walaupun panas terik. Aiskrimpun laku ok. Beratur orang hendak makan. Saya biasalah takut demam. Cara saya kalau badan panas, berpeluh jangan makan/minum air sejuk. Togok sahajalah air mineral banyak-banyak. Hehe.
P.S: Dengar ucapan pengerusi taman kata ada buat permohonan pada Kementerian Komunikasi untuk pemasangan internet berkelajuan tinggi. Kontrak diberi pada Maxis. Mungkin ke saya tidak dapat data internet sebab proses pemasangan gentian optik? Tidak nampak di mana kata pengerusi itu. Haha. Gelak dalam hati sahaja.
18 comments:
cuaca panas yg x tahan kan NA? tp x pe dapat mkn sedap2 kenyang n gantung kuali sekejap😁
Seronok berkumpul bersama jiran² dan penduduk setempat... Surau di tempat kami pun sedang dlm proses utk dapat kelulusan roboh & bina semula. Doakan sama agar dipermudahkan segala urusannya :)
Bagusnya persatuan penduduk tempat NA, buat majlis jamuan raya untuk semua penduduk berkumpul. Kondo saya belum beramah-mesra lagi sesama penduduk kat sini.
cuaca panas buat kita tak selesa nak makan2, lebih ke minum air je...Alhamdulillah, boleh sambung makan dirumah...mungkin servis Maxis tak brp elok di kwsan situ, bagus kalau betul kata2 pengerusi taman tu..
Mungkin kurang selesa jadi tak rasa nak makan banyak, balik rumah baru selesa nak pulun, hehehe.
Kalau dia tengah upgrade, dia akan cakap.
Macam saya punya, Digi, dia sms, kata ada gangguan sebab sedang upgrade. Sekarang sudah jadi CelcomDigi. Dia orang sudah merge. Harap liputan lebih meluas.
Best NA, dapat makan sedap, jamuan raya. Tapi panas tu la, tak tahan, kan.
buat malam best tak panas sangat... tapi ngapet takde gambo kak
wah...rezeki tu ada majlis makan-makan
Lagi panas sangat kah di sana kak? Akhir may ini saya ke Melaka soalnya, siap2lah yaa dengan panasnya juga 😅
ahli politik mmg selalu menabur janji yg blm pasti hehe
wahhhh hujung syawal dpt mkn sedap-sedapnya menu =P
salam syawal NA. mohon maaf segala salah silap ya :)
Sedapnya sukun goreng. Dah lama tak dapat makan sukun.
Seronok ada aktiviti taman begini, boleh kenal-kenal jiran.
berpeluh lenjun, sama ciknur jamuan raya baru ni
mbul juga sedang konsisten teguk air mineral tak dingin secara teratur kalau bisa 8 gelas per hari supaya tetap terhidrasi di tengah cuaca panas siang hari akhir akhir ini
nasi beriani dan kek amatlah menggiurkan, biasanya mbul suka nasi beriani yang ada kismisnya
bulan syawal pon dh habis nih 😅
walaupun panas tetap nampak meriah dgn penduduk.. nampaknya kena gantikan gentian optik barulah internet laju ya.
skrg ni mmg panas lit lit..jamuan raya open macam ni bertabah je lah makan sambil berpeluh..aiskrim mmg confirm laku keras..akak pulak terbalik, kalau panas sangat memang air sejuk yang dicari...
Seronok juga kejiranan taman ada buat majlis jamuan raya. Dapat juga bersua muka dan berkenalan. Lagi² taman baru bukak. Alhamdulillah ada surau yang bakal dibina. Internet tu satu keperluan juga.
wah bestnya makan2.. kdg2 pelik juga zaman moden ni masih ada kawasan susah dpt internet
Post a Comment