Nuffnang

Saturday, August 5, 2023

Menghadiri Majlis Resepsi Di The Balairong Freeport A'Famosa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sudah lama tidak dapat undangan perkahwinan. Hari ini dapat undangan daripada adik ipar Makchek di Freeport A'Famosa, Sempang Empat Alor Gajah. Sedang elok lepas kenduri singgah HAG (Hospital Alor Gajah) untuk bayar bil. Oh!Ya, Abah masih belum keluar. Kena hantar ke Hospital Melaka pula. Tidak tahu bila dapat keluar hospital betul-betul agaknya.

Luaran The Balairung Freeport A'Famosa



Tidak tahu pula di Freeport A'Farmosa ada dewan majlis resepsi untuk perkahwinan. Tengok ada pakej lengkap dengan pelamin, makan minum, pencuci mulut, kuih-muih, pakaian persalinan. Lengkap semua. Sedia duit sahaja. Inilah kali pertama datang ke sini dan juga The Balairung tempat khusus untuk majlis. 

Pelamin 



Seawal pukul 11 pagi kami sudah sampai. Sebelum itu sesat masuk ke A'Famosa Resort. Nasib baik sedar tengok balik kad kahwin digital. Sampai sini orang belum ramai. Jadi selesa untuk pilih tempat duduk. Dapatlah ambil gambar sedikit sebanyak mampu. Bukan semua. Takut risau sibuk ambil gambar, orang akan bertambah ramai.

Kawasan Masak Lemak Ikan Masin Dengan Nanas,Tembikai, Sambal Belacan, Ikan Masin Dan Pulut Panggang




Ada nadi tomato dan nasi putih dengan lauk-lauk yang sesuai dipadankan dengan lauk seperti ayam masak merah, daging masak hitam, keropok, masak lemak ikan masin dengan nanas, ulam-ulaman, sambal belacan, buah jambu batu dengan asam, kuih-muih seperti pulut panggang, karipap dan kek, pastri. Banyak. Airpun pelbagai jenis warna air sejuk. Air panas tidak dilupakan seperti kopi dan teh tarik. Cendolpun ada.

Kaunter Dessert


Ini makanan dan minuman saya ambil (bawah). Oh!Ya, ada kacang kuda yang digoreng dengan bawang merah. Sedap. Pertama kali makan begini.🙂 Tidak tahu apa nama. Tiada pula ditulis nama. Lepas habis makan ambil pulut panggang, jambu batu dengan asam.

Makanan Dan Minuman Saya Punya. Teh Tarik Kemestian



Tidak banyak ulang makan dan tidak duduk lama sebab tetamu semakin ramai. Salam dengan tuan rumah dapatkan keh buah dan biskut raya buatan tuan rumah yang memang pakar buat kek dan biskut. Sejam juga dalam itu. Lepas itu terus ke HAG. Kemudian balik rumah hantar adik perempuan dan anak-anaknya. Sediakan sedikit makanan untuk Abah. Ada lemang dan rendang nasib dapat di rumah Uwan sebelum pergi ke Freeport. Saya pula ikut emak dan adik lelaki yang baru sampai semalam dari luar negara ke Hospital Melaka. Sampai dini pukul 1 lebih

Sini jauh juga jalan ke Blok AG dari lobi. Hospital Besar katakan. Ramai orang. Adik lelaki turunkan kami depan lobi. Sini hanya 2 pelawat boleh masuk satu masa. Jadi saya dan emak masuk dahulu, kemudian saya keluar untuk beri adik masuk. Pukul 3 lebih baru keluar dari Hospital Melaka.


15 comments:

Puan Hazel said...

Nampak selesa keadaan dewannya...
Mudah-mudahan diberi kesembuhan buat ayah NA. Lama juga warded ye...

nona sani said...

Tahniah buat mempelai....Menu menu yang menarik ye...

Cuya said...

Moga pakcik sihat seperti sediakala..

Aamin

Warisan Petani said...

Semoga ayah NA cepat sembuhnya.

anamizu said...

waaahh menu semua menggoda!
moga ayah NA cepat sihat ya. Aminn~

Fieza Sani said...

Moga ayah NA cepat sembuh & keluar hospital.

Sesekali makan nasi kenduri, layan...

Carneyz said...

Selesa dan cantik dewan The Balairung Freeport A'Famosa. Makanan pun nampak sedap. Semoga ayah NA cepat sembuh ye.

dear anies said...

ooo baru tahu kat situ boleh buat majlis keraian rupanya... wahhh tuan rumah pakar kek dan biskut rupanya... terbaiklah!

tak singgah shopping kapal terbang COACH tu ke? ;-)

Azhafizah MN said...

Saya pun baru tahu tempat ni ada sediakan dewan untuk majlis. Sedap tu dapat menikmati pelbagai hidangan. Kalau majlis dalam dewan memang tak dapat nak berlama-lamaan.

Jenuh juga berjalan tu kalau jarak jauh dari lobi. Sekarang hospital memang hadkan pelawat. Terpaksalah kita bergilir gilir melawat. Takpe, janji dapat melawat.

Semoga ayah akak cepat sembuh dan keluar wad. Aamiin...

Nur said...

Bestnya, dapat jemputan kenduri. Makanan nampak sedap.
Semoga Abah NA cepat sembuh.

Sha Mohamed said...

Wah.. menarik.. tak tahu pula disini ada disediakan dewan untuk majlis.. Muda begini janji ada duitnya..

nohas said...

sekrg ni mudah, pakej lengkap..selesa dewannya..

Amie said...

Menarik pula ada menu kacang kuda digoreng dengan bawang merah.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Bagus juga tuh kalo balairungnya sudah menyediakan semua. Jadi tak payah sewa macam2 kan. One stop shopping lah istilahnya. 👍

mamapp said...

cantik dewan dia, tentu bajet besar juga kalau buat sini kan.. yg bestnya boleh sambil2 nyoping