بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Cerita bulan lepas. Tanggal 22 Oktober, kami mencuba bufet makanan tengahari di Hotel Bayview. Tukar angin asyik di Hotel La Crista kan? Lagipun harga berpatutan. Ada promosi seperti di bawah. Bolehlah klik gambar untuk lihat secara lanjut.
Promosi Harga: RM48 bersih untuk dewasa, RM37 bersih untuk warga emas dan RM33 untuk kanak-kanak.
Beli 5 Percuma 1. Kami ada 10 orang. Patutnya adik bongsupun hendak diraikan harijadinya tapi dia ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan maka sudah tempah awal maka sambut harijadi cucu sulung emak dan abah. Tengok menunya memang menggiurkan. Pertama kali hendak mencuba jadi teruja lebih.
Kami pergi awal. Sampai pukul 11:30 pagi. Jadi kena tunggu depan Pallette Cafe tingkat 4. Ruangnya selesa untuk tunggu depan kaunter masuk.
Dekorasi Tepi Dinding Tempat Kami Duduk Menunggu |
Adik Perempuan Dengan Anak-Anaknya Menunggu D Pintu Masuk |
Staf Yang Masih Menyiapkan Kawasan Bufet |
Tepat pukul 12 tengahari, kaunter dibuka. Haha tapi kami lambat beratur jadi duduk belakang. Apapun kami diberi meja bulat besar. Seronok sedikit sebab banyak makanan boleh diletakkan dengan selesa. Saya tidak ambil gambar makanan setiap stesyen sebab ramai orang dan kelaparan. Ambil makanan sendiri dan ahli keluarga. Jom tengok.
Asal saya ambil buah dan salad serta lasagna sebab tempat itu tiada orang lagi. Orang ramai beratur di tempat nasi dan lauk-pauk.
Azim (Anak Buah) Hendak Makan Stimbot. Orang itu Sediakan Dimeja. Masa Ini Saya Sudah Kenyang Sangat. Depan Saya Ada Seketul Sushi Tinggal. |
Secara keseluruhan, oklah. Biasalah ada sedap ada tidak. Macam sushi itu tidak berapa sedap. Nasi dan lauk-pauk ok. Coklat krim puf ok. Teh tarik kurang mengancam tapi masih boleh diminum. Lasagna sedap. Cuma saya perasan makanan sekarang kuat letak garam.
Insya Allah bulan ini hendak pergi lagi bawa adik bongsu sekeluarga. Hari ini harijadi Nuha, anak kepada adik bongsu. Nanti tengok kalau menu ada berubah.
Jumpa lagi.
31 comments:
Alhamdulillah ada rezeki untuk makan di tempat yang menark dan standard..
saya lama dah tak buat macam tu
Nampaknya harga mesra pengguna
kalau sedap memang boleh ulang
Murah tu.. Ha ah, biasa lah..ada yang kena dengan tekak..ada yang tak..huhu
Berbaloi untuk dicuba, sementelah ada free 1 pax...
Boleh kira murah tu sbb ada banyak pilihan makanan. Bestnya tiap2 kali sambut hari lahir makan buffet di hotel :)
Okay tu harganya. Sesekali tukar selera sambil meraikan bersama keluarga.
Sesekali makan buffet di restoran memang best. Banyak pilihan makanan. Tapi agak kecewa kalau rasa kurang menepati citarasa.
Selamat hari jadi ^_^
Makan-makaaaaan... hehe
ada promo tu jimat juga...mkn buffet meriah skit dr order ala carte
suasana tampak meriah....indah kebersamaan bersama keluarga...pengen yang coklat itu kak na
Best ni, makan buffet lunch di hotel. Macam-macam ada. Alhamdulillah.
bila makan buffet ni kena try & error..tak semua sedap & tak semua tak sedap..ikut citarasa masing-masing..yg best makan buffet macam ni, rambang mata macam-macam ada..tak tahu nak ambil yang mana..NA macam akak, biasa pun akak akan ambil kat makanan yang tak ramai org serbu...
mkn2 dgn family, sekali sekala memang best
Kira harganya memang berbaloi dengan food yang banyak pilihan.
Sebab itu jugalah ramai orang agaknya kan
alhamdulillah... berkongsi rezeki.. janji semua happy kan
Alhamdullilah bisa makan bersama sanak keluarga, kadang susah mau kumpul "karena kesibukan masing".
Harga berbaloi tu kak. Boleh makan macam-macam menu. Sesekali makan di hotel kan. Tukar selera.
makanan kat hotel kan pelbagai so biasa la kan mesti ada yang sedap and ada yang sebaliknya. apa-apa pun the price is affordable laa XD
Murah jugak buffet dia. Sesekali ubah selera terasa sedapnya.
Kalo buffet yg punya banyak macam menu, memang lah tak bisa expect semua sedap. Pasti ada yg tak sesuai ya kak.
Cuma kalo masih banyak yg enak, bolehlah diulang makan di sana 😄👍
Happy Belated Birthday..
Untung boleh sambut Birthday di Bayview.. Makanan kalau tak kena dgn tekak mmg hilang selera huhuu..
Boleh tahan harganya.. Pilihan makanan pun menarik..
Wah seronoknya sambut hari jadi di hotel... Teringin juga nak buat untuk anak angkat nanti.. 😊😊😊😊😊
ramai yg dtg makan...ok harganya..
saya cuma makan di hotel masa pi kursus jabatan atau bila kelab guru buat jamuan akhir tahun aje. huhuhu...
Harganya kira tak mahal, RM48 dewasa. Kalau mahal dan terlalu banyak pilihan makanan pun, bukan perut kita mampu makan macam-macam 😄
Seronok NA selalu dapat kumpul makan-makan sekeluarga.
wahhh bestnya kak, ada banyak pilihan pun iya jugak
Singgah sini, jenguk NA. NA apa khabar? :)
Sihat alhamdulillah.
ok la harga berpatutan. yg penting kena tau menu signature situ. yg kurang sedap tu boleh abaikan. ambil yg sedap2 je
harga berpatutan mcm makanan ada. kalau branch di penang menu kurang menarik. harap ada perubahan bila tiba bulan puasa
Post a Comment