بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Azam tahun baru. Jaga kesihatan. Kalau orang lain lebih banyak buat aktiviti fizikal, saya pula lebih kepada pemakanan. Lebih khusus makanan kesihatan.
Suka cuba produk yang baru dan belum pernah cuba. Semalam dapat barang daripada Ninjavan. Beli 5 tin. Dapatlah harga RM350 untuk 5 tin. Ya makanan kesihatan tidak murah tapi terpulang cara masing-masing. Ada orang lain lebih banyak berbelanja kepada pergi makan luar yang sedap-sedap , ada suka beli beg, kasutkan? Ada orang suka berbelanja untuk melancong.
Teruja buka. Hari ini baru makan satu labu. Oh!Ya, bawang hitam (asal daripada bawang putih yang melalui proses penapaian) diberi satu labu yang comel. Saiz kecil bukan biasa kita beli bawang putih yang saiz besar.
Ada bau bawang putih tapi rasa manis masam. Tiada rasa pedar dan pedas bawang putih. Haha saya tiada masalahpun makan bawang putih mentah tapi bertungkus-lumuslah untuk lawan bau tengik dan pedas itu.
Reaksi saya masa ambil sebiji untuk di makan. Senang hendak kupas kulitnya.
Sudah berusia risau dengan penyakit 3 serangkai dan sakit-sakit badan, sakit kaki. Tinggi antioksida. Jadi ikhtiar makan ini. Semoga dapat beribadah dengan baik. Bulan puasa hendak dekat. Terawih dan solat malam kena buat. Insya Allah.
Saya kira botol pertama ada 21 labu. Andaian setiap botol ada kuantiti yang sama. Makan sebiji sehari bersama air biasa sebelum sarapan. Jadi 21×5= 105 hari.
Mari kita tengok hasilnya.
P.S: Selain itu makan minyak zaitun dan minyak Tocotrienols. Sebelum itu makan minyak ikan dan minyak sacha inchi.
26 comments:
Saya pernah makan 3 botol black garlic ni. Adik saya agen.Tak perasan pula apa kesannya.
semoha awak kekal sihat dan bertambah baik dengan asba menjaga kesihatan
Semoga hasilnya best
Menarik nampaknya ni.
Moga hasilnya juga menarik.
Betul la tu penting jaga pemakanan kita bila usia dah makin meningkat ni.
Nanti share macammana result lepas beberapa hari makan ye, macam best je ni
apa rasa makanan ni? nampak menarik
Rasa masam manis.
1st time dgr black garlic...tq for sharing
Semoga beroleh manfaat mencuba makanan kesihatan ni ye.
Nanti kalau ada rasa apa-apa effect, NA cerita ya, di blog. Semoga NA bertambah kuat dan sihat, menjelang Ramadan.
Insya Allah.
lady soakan ia sesuai dengan akak.. jaga kesihatan elok2.. tp ldy bmbg juga nk beli mcm2 produk di psrn.. bmbg.. huhuhu
Makanan sihat memang mahal, tapi lebih mahal kos perubatan kalau dah sakit
alamak saya pulak agak susah utk telan bawang putih.. saya lebih bykkan aktiviti fizikal hehe
Sama Mbak, niat saya untuk tahun ini juga menjaga kesehatan dengan lebih baik.
Saya upayakan dengan jalan kaki rutin setiap pagi, makanan mulai berpantang terutama mengurangi kadar garam, gula pasir. Alhamdulillah kesehatan tetap
terjaga.
Semoga sehat selalu ya Mbak.
Ps. Ini kunjungan pertama ke blog Mbak. Semoga persahabatan tetap terjalin walau melalui media blog.
Salam,
makcik ammi umurnya 85 dan relax je jalan melintas takde tengkot2. dia amalkan makan sesudu minyak zaitun diawal pagi. ammi yg baru nak masuk 45 ni pun nampaklah berdengkot kalau jalan
Rasa pernah baca khasiat bawang putih hitam ini.. Tapi tak ingat pula.. Kita berusaha kan sis.. Smeoga kita semua di berikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
Bawang putih hitam yang pernah saya baca katanya memang berhasiat, bagaimana hasilnya sis?
Suami dah beli, maakkkk aiiii, kuat bau mulut nya. Org kata byk khasiat
skrg byk suplement kesihatan
sampai x tau nk yg mana.
Mcm ciknur dah nk 5 siri ni adoii makin sakit2 badan, sakit. urat
saya curious nak tahu apa jadi pada tubuh lepas makan ni dalam tempoh 12 jam?
kerap buang air?
buang air besar?
kalau buang air besar, najis tu terbentuk macam mana?
then, cepat lapar tak?
Betul tu kak, lain orang lain caranya dan lain juga minatnya. Tak pernah dengar pula pasal black garlic ni. Tapi garlic memang banyak khasiatnya. Semoga berhasil dan semoga sihat sihat je kak. Aamiin...
Marilah kita sama-sama jaga kesihatan.
Saya sempat baca ttg black garlic. Mau coba, tapi kuatir rasanya tak sanggub telan 🤣. Ternyata kalo difermentasikan rasanya sudah berubah manis asam ya kak?
Saya lagi usaha cari suplemen untuk anak2 supaya tak mudah batuk pilek. Skr ini sakiiit Mulu mereka. Batuk pilek tak sembuh2. Belum tahu bagusnya diksh apa.
ya penyakit 3 serangkai ni memang sesiapa pun takut.. semoga dpt hindar
semoga ikhtiar memberikan kesan positif ye na. nnti update tau kesannya
Post a Comment