Nuffnang

Saturday, March 5, 2011

Mari Kita Semak Jawapan Peraduan Mudah Menang Harian Metro Minggu ke-5


Assalamualaikum...

Baru sahaja lepas baca Harian Metro dan tengok senarai pemenang untuk minggu ke-3. Tiada pula nama saya. Takpelah harap menang untuk minggu ke-4 atau ke-5 nanti. Paling penting jawapan kena betul semua untuk layak diundi untuk 20 hadiah utama. Penyertaan minggu ke-3 sebanyak 20 000 tapi yang betul cuma 70% sahaja (harap-harap saya di antara 70% penyertaan yang betul  itu) . Oleh itu, jom kita semak sama-sama untuk jawapan minggu ke-5. Harap-harap sama dan betul semua supaya kita ada peluang untuk diundi untuk 20 hadiah pertama. Kalau ada tak sama dengan korang, korang bagitahu yang mana dan mengapa jawapan itu korang pilih.

Isnin: C) Clear Pictures
Selasa: C) RM26 000
Rabu; C) Twitter
Khamis: B) Makanan
Jumaat:  C) Kufur
Sabtu: B) Broadband Mudah 4G

Apablila taip jawapan-jawapan saya ini, baru perasan tiada jawapan A kan. Haha, betul ke jawapan saya ini? Dah baca berkali-kali, rasa ini jawapan yang betul. Macam saya cakap tadi kalau korang punya jawapan lain daripada saya punya, bagitahu soalan mana dan mengapa kamu pilih jawapan selain saya punya.
Tunggu untuk gunting borang esok di mana tampal jawapan-jawapan tadi beserta slogan 'Mengapa saya suka baca Harian Metro' tidak lebih 5 patah perkataan (mana tahu esok slogan lain, kena baca betul-betul)
Selamat maju jaya kawan-kawan yang masuk peraduan ini. Kalau tidak dapat hadiah mingguan harap-harap rezeki kita pada hadiah UTAMA. InsyaAllah.



Wednesday, March 2, 2011

Tulisan Selingan



Bunga di Taman Botanikal Dunedin

Gambar hanyalah hiasan untuk tulisan ini

 

Assalamualaikum...

Apa khabar pembaca sekalian? Harap gembira selalu. Saya baru je menampal nama-nama di kad dan sampul surat jemputan kahwin adik saya si H. Penat juga. Baru sedikit buat, pada permulaan ini tampal nama untuk guru-guru dan pekerja sokongan di sekolah yang mak saya ajar. Ada lebih 800 kad.