Nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Kenangan Di Zaman Sekolah Menengah Atas (Maklum Saya Orang Nomad)



Assalamualaikum...

Eh ada ke yang menunggu penulisan saya? Terima kasih jika penulisan saya ada memberi impak (harap-harap impak baik) Ingatkan nak berhenti tulis seketika (kali terakhir topik 'Cakap') untuk bulan Mac sebab nak tumpu pada perkara lain pula. Bulan April mungkin kurang menulis. Oho, tengok sambutan pandangan muka surat yang memberangsangkan (pandangan muka surat blog ini), saya sedar perlu menulis hal lain pula. Mungkin lepas ni kena rajin membuat banyak penulisan sambil ada gambar atau buat penilaian tempat makan di Melaka.  Sementara itu sila layan gambar kenangan saya bersekolah di Labuan. Terima kasih kepada bekas rakan sekolah saya yang sudi beri gambar terkini persekitaran di Labuan. Saya rindu dengan zaman sekolah saya sejak saya habis sekolah. Saya takde jenguk pun kembali Labuan. Satu hari nanti saya akan datang berposing gila-gila macam kawan-kawan saya buat, insyaAllah (banyak la cekadak diriku kasi alasan sedapkan hati)
Depan sekolah

Belakang sekolah

Pagar depan sekolah, dulu tempat tunggu bas

Depan kelas saya, 5C
Masjid Labuan

Sekolah agama belakang masjid

Sekolah di kiri jalan sekolah saya

SK Pekan 2, belakang sekolah saya

Bangunan JKR, dulu tapak Perpustakaan Awam

Kedai Roti Mas, tidak jauh dari sekolah. Biasa saya beli roti dan kerepek kentang pedas di kedai ini

Semua bangunan di sekitar sekolah saya. Strategik juga saya rasa. Nasib baik tiada gambar kantin. Eheh, kebanyakan kami pelajar tak makan di kantin, makan di kelas waktu rehat. Saya pun tak suka makanan di kantin dan tak suka nak pergi. Selalu saya bawa bekal makanan dan air dari rumah. Kalau nak beli, saya suka beli roti dan kerepek kentang pedas di Roti Mas.


Tuesday, March 29, 2011

Cakap



Assalamualaikum...

Kebelakangan ini saya perasan saya tidak suka bercakap lebih-lebih lagi kalau perbualan yang tiada topik atau tidak penting. Saya suka layan fikiran, baca buku, tengok tv, tengok siri atau filem kat internet atau baca blog. Lagipun penatlah kalau cakap banyak-banyak ni. Korang tak penat ke kalau cakap banyak-banyak atau suka borak tanpa hala tujuan?

Teringat masa saya buat induksi. Oleh kerana penat sangat dengan kuliah, kalau balik ke tempat penginapan sebelum tu saya akan beli tapau makanan tengah hari sebelum naik ke atas bilik. Masa beli tu saya diam seribu bahasa pilih makanan dan pesan air pun guna bahasa isyarat. Sampai ada abang ni ingat saya ni bisu. Bila dia tanya, saya cuma bagi isyarat tunjuk apa nak,angguk atau geleng kepala. Sampai dia kata, "awak ni bisu ke? Dia tak pernah dengar saya bersuara. Haha gelak saya, manalah ada pelajar bisu kat sini. Saya senyum je (saya tak ingat saya geleng atau angguk) Entahlah saya rasa penat sangat dan lapar sangat, tidak berminat untuk berbual. Lagipun kat kuliah dah puas bercakap, bentang itu ini, jadi saya cuma nak bersama diri. Biasa lepas solat dan makan, saya akan terbungkang tidur. Lepas tu ok sedikit nak borak.

Ja (rakan sekuliah dan dari satu bilik) kadang-kadang bengang dengan saya. Maaf Ja. Ketika Ja ingin berborak, saya cuma dengar dan memberi isyarat, langsung tidak bercakap. Kadang dia marah juga, dia kata la waktu si *** jadi bisu pula. Lepas saya buat isyarat menzipkan mulut.

Waktu kelas pun kadang-kadang macam ni juga. Tapi kalau kena soal pensyarah kenalah jawab, kan? Cuma keadaan sekarang lagi panjang jangka masa saya tidak berbual dengan orang. Jangan risau, ini cuma keadaan sementara. Saya tengah tiada mood nak borak ringan-ringan. Rasa tak suka borak-borak kosong ni. Saya ni suka menganalisa apa yang saya telah borak dan kalau saya dapati tiada faedah, saya takmo cakap. Nanti jiwa rasa tak seronok. Bagi saya kualiti perbualan adalah penting. Saya suka perbualan yang membuka perspektif/ pemikiran saya dan PASTINYA menyeronokkan.

Ok, jumpa lagi.

P.S: Cakap ringan sikit-sikit bolehlah tapi cakap banyak-banyak yang buat tak seronok.

P.S.S: Banyak cakap, banyak kesilapan, mudah terjanji atau bohong tanpa disedari atau tidak, mudah membuka ruang kepada perbualan sia-sia dan menyakitkan perasaan orang yang dilawan cakap jika tidak dikawal.Faktor-faktor yang saya ambil kira.