Nuffnang

Sunday, March 29, 2020

Perkembangan Covid-19 Seluruh Dunia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika ini lebih 1/2 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19 dengan Amerika Syarikat (USA) di tangga teratas kes jangkitan. WHO menjangkakan USA akan menjadi pusat pendemik seterusnya jika tidak dikekang atau usaha yang drastik dilakukan.

8 billion lebih penduduk dunia diletakkan dalam keadaan kuarantin (campur 40% rakyat USA dalam keadaan lockdown).

Adakah 28 hari cukup untuk mengekang pandemik Covid-19 di Malaysia? Kalau tengok keadaan di Wuhan dan daerah Hubei, 2 bulan lebih ( bermula lebih kurang sebelum Tahun Baru Cina (25 Januari) hingga awal April baru sekatan dibuka. Sekarang pun China bergelut melawan kes import pula. Jadi kena bebaskan kes Covid-19 di seluruh dunia, barulah kita dapat pergi negara lain atau bergerak dengan bebas.

Kalau ikut perkiraan berdasarkan pendapat Dr Ling Shih Gang, MCO (Movement Control Order) perlu dipanjangkan lagi sekurang-kurangnya 4-6 minggu lagi ( tambahan 15 April hingga 12 Mei (19 Ramadan) atau sampai 26 Mei (3 Syawal) untuk pastikan Covid-19 bebas di Malaysia. Itupun tak boleh nak hela nafas lega sebab selepas itu kita kena pastikan tak berulang. Pencegahan yang betul-betul efektif dan pastikan seluruh dunia sudah bebas pandemik ini barulah kita boleh benarkan pergerakan atara negeri dan negara kerana kita tidak mahu mengimport semula penyakit ini dari negara lain setelah kita berusaha sedaya-upaya 'membersih' negara ini. Lesson learned, jangan pandang mudah Covid-19. Jangan bagi ia bertapak. Kalau ada 1 kes, tentang/lawan habis-habisan. Tiada tolak ansur. Maka langkah pencegahan yang ketat perlu dibuat.

Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun 2021, seperti kata Presiden Jepun Shinzo Abe, kami nak semua negara sihat sebelum menyertai Olimpik.

Sekarang ini usaha rakyat Malaysia dan dunia untuk memerangi Covid-19. Bersatu hati dan patuh pada perintah undang-undang. Insya Allah kita berusaha, Allah akan kira usaha, kesukaran dan kesabaran semua. Adakah kita akan berjaya menundukkan Covid-19? Apabila seluruh dunia sudah berjaya, vaksin perlu dihasilkan supaya Covid-19 tidak dapat muncul semula. Jangan biarkan ia muncul.

Apa perasaan korang kalau MCO atau PKP dilanjutkan lagi?

Jaga diri semua. Jumpa lagi.



Saturday, March 21, 2020

Review: Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ke-4 Kawalan Pergerakan. Apabila tak keluar jalan ni, hati dan mata sentiasa fikir dan pandang coklat-coklat yang ada. Kali ini saya pilih yang ada pir. Satu faktor ialah jumlah kedua terendah coklat.


Whittaker's Pear And Manuka Honey
Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate


Janji Whittaker's: Our famous 5 roll refined Creamy Milk chocolate with delicious pieces of Nelson grown pears and a hint of naturally harvested Manuka honey from Mossop's Honey of Tauranga.

Jumlah koko: 33%. Bahagian: 3. Berat: 100 gram.

Tanggapan sebelum makan: Saya tak faham apa maksud 5 gulungan coklat susu berkrim. Jadi jangkaan saya rendah dan tak pasti rasa sebenar. Cuma saya kena pasti kan ada rasa buah pir dan madu.

Selepas makan: Ada rasa cebisan buah pir (bentuk kiub kecil). Rasa sama korang makan coklat susu dengan cebisan buah. Malah korang tak dapat bezakan pun buah apa kalau tak diberitahu. Malahan kehadiran madu pun tak buatkan rasa coklat ini berbeza dengan coklat susu lain. Senang cerita tak rasa unik pun.

Kesimpulan rasa sama macam coklat susu lain dengan cebisan buah. Jadi baik beli coklat biasa lain. Saya beri 5/10. Tak cadang bagi korang beli.

Jumpa lagi.