بسم الله الرحمن الرحيم
Terjumpa pos mengenai '30 Days of Gratitude Ramadan Challenge.' Memandangkan terjumpa pada puasa ke-6. Saya akan himpunkan cabaran puasa pertama hingga 7. Sesiapa boleh buat tiada syarat penyertaan. Boleh rujuk gambar di bawah atau laman web momcandothis.com
Cabaran Puasa Hari Pertama: What kind of food are you grateful for?
Terlalu banyak! Alhamdulillah, tak pernah kebuluran atau tak cukup makan. Saya cuma akan tekankan dapat makanan kegemaran seperti laksa, segala pasta, soto. Banyak.
Cabaran Puasa Hari Ke-2: Who in your life are you grateful for?
Mestilah keluarga! Ibubapa dan adik-beradik. Mak yang selalu masak dan fikir menu ketika bulan puasa. Abah pula beli barang keperluan waktu PKP. Selalu tanya saya nak apa. Rasa serba-salah sebab saya suka beli sendiri. Lagipun saya kena tengok apa ada dalam pasaraya baru beli. Selalu bergantung pada jualan murah atau benda saya teringin makan di mana makanan rapu macam makanan sejukbeku, coklat, kerepek kentang. Ada juga minta beli apa yang saya perlu. Benda-benda merepek dan kerepek nanti saya beli lepas PKP tamat.
Cabaran Puasa Hari Ke-3: What moment are you grateful for?
Satu keadaan saya syukuri ialah baring di atas katil sambil pandang langit biru dan awan, pokok dan dengar kicauan burung tepi tingkap. Hari-hari buat. Lepas tu fikir apa yang menyeronokkan. Macam-macam fikir.
Cabaran Puasa Hari Ke-4: What skill are you grateful for?
Ni susah sedikit. Rasa macam takde kemahiran je. Haha. Lepas tu sedar 1 perkara. Saya pendengar/ pembaca yang baik. Sesiapa nak luah masalah, saya jadi pendengar setia.
Cabaran Puasa Hari Ke-5: What about your body are you grateful for?
Alhamdulillah badan sihat. Lebih-lebih lagi waktu PKP. Syukur saya boleh lakukan kerja rumah, turun naik tangga tanpa masalah. Boleh solat sempurna, selesa, makan dan bergerak.
Cabaran Puasa Hari Ke-6: What technology are you grateful for?
Teknologi waktu ini memainkan peranan ufama pada manusia. TV, saya syukuri. Dapat maklumat terkini, hiburan.
Telefon bimbit. Saya suka permainan Candy Crush Soda dan Farm Heroes. Saya ada telefon lain khas untuk main permainan. Takut habis bateri kalau 1 telefon.
Cabaran Puasa Hari Ke-7: What smell are you grateful for?
Syukur saya boleh bau macam-macam. Saya bersyukur secara spesifik bahan wangi dan menenangkan. Saya ada koleksi minyak pati (EO) yang saya guna kerap dalam kehidupan. Saya letak pada tempat sujud, pakaian, tempat yang sakit dan luka.
Ok itu sahaja. Nanti sambung lagi.
Assalamualaikum...

30 Days of Gratitude Ramadan Challenge |