Nuffnang

Tuesday, February 23, 2021

Hadiah Daripada Pemberi Misteri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terkejut petang-petang ada parcel untuk saya. Memang tidak jangka siapa akan beri. 

Bungkusan Shopee Penghantar J&T



Bungkusan daripada Shopee, nama penghantar itu hanya nama orang tengah. Siapa orang sebenar memang saya tidak pasti.

OldTown White Coffee 38g 15 peket


Apabila sudah dibuka, saya dapat agaknya daripada siapa. Apapun terima kasih untuk OldTown White Coffee Klasik. Yeay boleh minum nanti. 

P.S: Terima kasih Cik Tim. Semoga murah rezeki.

Sunday, February 21, 2021

Sudah Cuba Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas?

 بسم الله الرحمن الريم
Assalamualaikum...

Selamat pagi. Apa khabar semua? 
Jumaat 4 minggu lepas, saya ternampak longgokan Mamee Monster Ghost Pepper di tengah pasaraya Mydin. Memang menarik mata dan hati untuk cuba sesuatu yang pedas. Sesuatu yang baru dengan bungkusan berwarna biru, hitam dan merah menguasai permukaan.

Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas



Cantik kan persembahan dalam mangkuk itu? Harga RM10 lebih untuk 5 peket. Agak mahal kan? Saya bayang ada bahan seperti hirisan daging dan cendawan. Ambil satu untuk tentukan tahap kepedasan mengikut lidah saya.

Petang tersebut terus cuba peket pertama.

Peket Pertama Sama Seperti Bungkusan Luar



Bahan-bahan yang disediakan di dalam selain mee segera.

Satu Bungkusan Ada 3  Peket Bumbu

Peket Berisi Krimer, Perhiasan Dan Perasa

Minyak Cili


Saya guna semua peket yang diberi. Penilaian saya: pedas gila. Lagi pedas daripada Samyang. Saya makan 2-3 suap dan berhenti seketika untuk minum susu. Akhir sekali letak susu sedikit pada mee segera baru saya boleh tahan untuk terus makan.

Kali ke -2 dan seterusnya saya tidak guna minyak cili baru saya boleh tahan makan. Kuahnya memang pedas teruk kalau hirup sahaja. Jadi buat sedikit kuah. Bahan hiasan sedikit sahaja dan halus bahannya. Cendawan kering dipotong dadu dan ada hirisan daun (daun sup?). Sedih tiada  hirisan daging seperti dibayangkan.

Pandangan Atas Mamee Ghost Pepper.

Kuah Sedikit


Sekarang sudah habis satu bungkusan. Adakah saya akan beli lagi? Tidak. Saya mahu cuba yang lain. Ada cadangan mee segera pedas yang lain?

Jumpa lagi.