Nuffnang

Monday, June 14, 2021

Berjalan Kaki Keliling Kawasan Perumahan Dan Awak Sangat Comel

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah berkira-kira untuk berjalan keliling luar rumah akhirnya berjaya memaksa diri hari ini. 

Keluar rumah pukul 5:30 petang dan rancang sampai balik ke rumah pukul 6 untuk tengok My Secret, Terrius.

Tiba-tiba tergerak untuk lihat peti surat. Tidak jangka ada surat sebab tidak dengar posmen datang. 

Apabila nampak sampul oren Pos Ekspres dan surat lain, bibir tersenyum. Boleh diagak siapa yang hantar. Siapa lagi suka hantar Pos Ekspres secara mengejut. Kalau anda mengikuti tulisan-tulisan di blog saya pasti tahu.

Awak Sangat Comel

Saya gelarkan 'Bungkusan Awak Sangat Comel'
-Beg Koncot Bersama Penyambung (Extender)
-Topeng Mata Koala
-Pelekat Abjad Bersama Nota
-Jurnal Idea(Terima kasih banyak idea membuak-buak minta ditulis

Barang-barang yang comel yang akan digunakan. Insya Allah.

Terima kasih wahai pemberi. Moga murah rezeki selalu.

Nota diri sendiri: Parcel bertarikh 8 Jun dapat 14 Jun. Terima kasih posmen hantar dengan selamat.

P.S: Ok sahaja makan kunyit hidup mentah. Tiada rasa menyengat berbanding halia. 

Thursday, June 10, 2021

Penantian Satu Penyeksaan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dalam apa-apa keadaan, ketidaktahuan sesuatu perkara berlaku adalah sangat menakutkan. Penantian menunggu sesuatu juga satu penyeksaan kerana ketidaktahuan tersebut (unknown)

Begitulah perasaan dialami selepas menerima emel daripada blogger Nina Ahmad tentang parcel telah dihantar. Mula-mula tenang, lepas itu sejak kelmarin (8 Jun) sudah takut. Maka bukalah laman sesawang track & trace Pos Laju. Ketika itu 2 status ada dan terkini iaitu item dispatched out. Sesungguhnya sekatan perjalanan dan cuti umum mempengaruhi tempoh penghantaran. Tiada rungutan sebab redha lambat. Biar lambat tapi selamat sampai. 

Maklumat Perjalanan Parcel

Semalam buka laman sesawang (9 Jun) maka banyak maklumat dikemaskini.

(Sambungan) Maklumat Perjalanan Parcel 


Kemudian dapat sms. Masa untuk menunggu Pos Laju datang.

SMS Pemberitahuan



Tunggu punya tunggu tidak datang. 

Hari ini 10 Jun pula tidak beria menunggu. Ketika menonton my #Qurantime dalam pukul 12:50 tengahari terdengar bunyi loceng.

Alhamdulillah lega parcel selamat sampai. Mari kita lihat apa isi kandungan di dalam.

Bungkusan Dalam'Bubbles' Beserta Nota Dan Kad Raya

Kad raya 29 Syawal.

8 Jenis!

-Magnet Penanda Buku 
-Hello Kitty
-Kiehl's Ultra Light Defense
-Magnet Peti Sejuk Hanoi
-Rantai Kunci P.Pinang
-Magnet Peti Sejuk Masjid Raya Agung Bandung
-Poskad Nantou Jiji Train Station
-Perencah Rendang Adabi

Terima kasih Nina. Hadiah Pengkomen Tegar 2020. Hadiah selamat diterima cuma kad raya kemik sedikit.

Nota untuk diri: Barang sampai hampir seminggu