بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Serbuk koko terakhir hari ini. Kena beli baru.
Sejak sudah tidak minum kopi, kopi mikro dan teh, saya cari alternatif untuk minuman pagi. Mula-mula minum Milo. Kemudian pergi pasaraya Mydin cari minuman coklat lain. Pergi ke rak minuman coklat, tengok pada seksyen minuman Cadbury. Tinggal 2 bungkus di hujung rak. Ada budak perempuan remaja minta penyusun barang ambil dari hujung dan dia ambil 2 terus. Terkebil-kebil fikir. Kemudian terfikir pasal serbuk koko. Jadi kena ke rak buat kek.
Pembungkusan berbeza daripada saya ingat. Masa kecil selalu nampak serbuk koko dalam tin aluminium putih. Kali ini dalam kotak oren coklat. Ada 2 isipadu jadi saya pilih yang sedikit iaitu 100 gram. Saya takut tidak suka.
Rupanya saya sangat menyukainya. Kuat rasa kokonya. Lebih-lebih lagi saya suka letak banyak serbuk koko lebih daripada 2 sudu teh dalam mug dan sedikit susu pekat. Jadi rasa koko sangat dominan dan kurang manis. Nampaknya ini menggantikan ketagihan saya pada kopi dan teh.
Kena beli kotak yang besar nanti. Insya Allah
Apapun sarapan pagi di luar kena minta Milo kosong.