بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hujan lebat tadi apabila selesai beli barang di Mydin Mall MITC. Bungkusan di bawah sentiasa akan menarik perhatian orang tertentu. Mungkin besar seberat 7 kg. Senang beli sekali tidak payah berulang-ulang tiap-tiap bulan beli.
Begitulah tadi ada makcik terhenti depan troli ketika saya duduk di bangku ambil nafas dan memulakan perbualan kata dia beli makanan kucing jenis yang saya beli dan ia tidak mahu makan. Apabila nasi digaulkan dengan ikan baru makan.
"Kucing saya taknak makan nasi. Kucing saya kucing biasa saja macam dalam gambar", saya membalas.
"Kucing makcik kucing biasa juga."
Anaknya dah sibuk tarik tangan untuk teruskan jalan. Haha kasihan. Makcik itu macam hendak borak lagi dengan saya.
Sebelum itu iaitu 2 bulan lepas, sama juga ada orang tegur saya. Lelaki itu kata rugi bagi makanan kucing kering yang mahal kepada kucing biasa. Dia suruh beli ikan murah. Masalahnya saya malas hendak rebus hari-hari. Saya diam sahaja dengar pendapatnya. Bagi saya asal kucing saya makan, alhamdulillah. Ada juga kadang-kadang bagi lain daripada makanan kucing yang selalu beli.
Ada juga rasa hendak cuba produk jenama lain atau makanan kucing yang basah. Tukar selera untuk kuving. Tengoklah bagaimana. Teragak-agak. Tadi ingat hendak cari yang bungkusan hijau jenama sama, tiada pula.
Korang bagi kucing makanan apa atau jenama apa ya? Sila kongsi. Terima kasih.