بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pejam celik sudah pada penghujung tahun 2022. Sekarang ini tinggal seorang. Adik perempuan (nombor 2) ada hari keluarga. Adik nombor 3 sudah balik ke sarangnya di Auckland dan adik bongsu pula hari ini berpindah dari Rawang ke Kota Damansara. Hehe saya cakap ini tempat orang kaya di Kota Damansara. Dekat pula dengan IKEA. Apapun rumah adik bongsu dekat dengan Sungai Penchala rumah arwah datuk belah abah. Jadi raya tiada masalah untuk selalu singgah sini.
Emak dan abahpun turut serta tengok rumah adik. Saya pula asal hendak ikut tapi apabila hendak kemas baju, badan rasa lesu. Penangan ubat. Jadi malas ikut. Insya Allah esok pergi kenduri kahwin di Tampin.
Kesihatan pula rasanya 90%. Tidak berani kata sembuh 100% sebab takut datang balik seperti sebelumnya. Jadi rehat dan perhatikan keadaan diri dari masa ke masa.
Alhamdulillah rezeki daripada blog, dapat duit RM30 daripada Abam Kie kerana terpilih ( nombor 3) sebagai tukang komen terbanyak. Ini kena konsisten komen sepanjang tahun 2022. Cabaran juga sebab ada halangan tidak dapat komen.
Harap tahun 2023 lebih baik daripada 2022.