Nuffnang

Sunday, December 17, 2023

Tidak Lupa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sudah lama tidak mencoret di sini. Menyepi kerana berkabung dengan rakyat Palestin. Tidak boleh rasa gembira sangat. Kali ini terasa penangannya. Mampu berdoa pada Allah dan semoga saya sentiasa ingat mereka di sana sama ada yang hidup atau syahid. Memang betul Allah tidak boleh lupa. Sentiasa ikuti perkembangan semasa dan dengar tazkirah di samping apabila ingat sahaja, doa. Ingat sahaja doa. Sampai dalam mimpipun boleh masuk.

Gembira sederhana. Sambut harijadi Abah di tempat saya bagitahu pada pos sebelummya. Selepas itu awal bulan 12 Abah jalani pembedahan buat tapak. Pembedahan kecil tidak perlu masuk wad. Jadi sesuailah tidak perlu gembira sangat. Lepas itu emak tiba-tiba tidak boleh jalan. Jadi adik perempuan dan saya ambil tugas memasak. Utamanya adik perempuan masak. Saya lebih pada masak sayur, cekodok pisang dan kemas rumah. Sekarang ini alhamdulillah Emak sudah ok.

Bulan 12 ini cuaca sudah nyaman. Tiba-tiba Ayaana (anak buah) tanya tidak keluar jalan ambil angin ke? Cuacapun memang elok tidak panas sangat. Haha kali ini pergi jalan dengan anak-anak buah. 

Kali terakhir berjalan bulan 2. Kali ini tengok rumah ini sudah siap jadi rumah inap.

The Q's Homestay




Lalu tempat permainan. Beri mereka main. Saya kata pada mereka korang mainlah sini, Mak Long pergi jalan sekitar dan nanti patah semula ke sini. Mereka tidak bagi kata hendak ikut juga. Jadi saya duduk di kerusi disediakan. Kemudian apabila sudah puas mereka main, kami sambung jalan.

Langit Membiru Di Taman Permainan



Saya suka lalu depan rumah ini. Rumah warna putih. Macam ada kenangan teringat rumah di luar negara yang saya pernah tinggal kecuali tiada kipas. Tingkap tiada gril tinggal cuma ada langsir atau bidai. Tinggi betul tawakal tuan rumah ini 🙂.

Rumah Putih 2 Tingkat

Ambil Gambar Pintu Depan Dan Tingkap



Bahagian dapur pula guna tingkap akordion yang boleh dibuka luas menjadikan dapur dalam dan luar. Kiranya boleh makan di luar. Jadi terapi tengok rumah ini. Rasanya orang yang duduk rumah ini pernah duduk luar negara kalau tengok rumahnya tiada penyaman udara. Harapkan pengudaraan semulajadi. Waktu ini tuan rumah tiada jadi tingkap tertutup.

Tingkap Akordian Bahagian Dapur



Menuju ke rumah, budak-budak ini cabut lari. Laju betul mereka lari. Apapun seronok jalan bersama-sama mereka sebab cergas tapi kena berhenti di taman permainan untuk mereka main dahulu.

Oklah jumpa lagi.☺

Saturday, November 18, 2023

Sambut Harijadi Di Hotel Bayview

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cerita bulan lepas. Tanggal 22 Oktober, kami mencuba bufet makanan tengahari di Hotel Bayview. Tukar angin asyik di Hotel La Crista kan? Lagipun harga berpatutan. Ada promosi seperti di bawah. Bolehlah klik gambar untuk lihat secara lanjut.

Promosi Jom Lunch Buffet


Promosi Beli 5 Percuma 1

Menu-Menu Yang Ada




Promosi Harga: RM48 bersih untuk dewasa, RM37 bersih untuk warga emas dan RM33 untuk kanak-kanak.

Beli 5 Percuma 1. Kami ada 10 orang. Patutnya adik bongsupun hendak diraikan harijadinya tapi dia ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan maka sudah tempah awal maka sambut harijadi cucu sulung emak dan abah. Tengok menunya memang menggiurkan. Pertama kali hendak mencuba jadi teruja lebih.

Kami pergi awal. Sampai pukul 11:30 pagi. Jadi kena tunggu depan Pallette Cafe tingkat 4. Ruangnya selesa untuk tunggu depan kaunter masuk. 

Papan Tanda Jom Lunch 2.0 Daripada Pukul 12-3 Petang

Dekorasi Tepi Dinding Tempat Kami Duduk Menunggu

Adik Perempuan Dengan Anak-Anaknya Menunggu D Pintu Masuk

Staf Yang Masih Menyiapkan Kawasan Bufet



Tepat pukul 12 tengahari, kaunter dibuka. Haha tapi kami lambat beratur jadi duduk belakang. Apapun kami diberi meja bulat besar. Seronok sedikit sebab banyak makanan boleh diletakkan dengan selesa. Saya tidak ambil gambar makanan setiap stesyen sebab ramai orang dan kelaparan. Ambil makanan sendiri dan ahli keluarga. Jom tengok.
Asal saya ambil buah dan salad serta lasagna sebab tempat itu tiada orang lagi. Orang ramai beratur di tempat nasi dan lauk-pauk.

Nasi Dan Lauk-Pauk Diambil Beserta Teh Tarik

Chawanmunshi Dan Coklat Krim Paf


Azim (Anak Buah) Hendak Makan Stimbot. Orang itu Sediakan Dimeja. Masa Ini Saya Sudah Kenyang Sangat. Depan Saya Ada Seketul Sushi Tinggal.



Secara keseluruhan, oklah. Biasalah ada sedap ada tidak. Macam sushi itu tidak berapa sedap. Nasi dan lauk-pauk ok. Coklat krim puf ok. Teh tarik kurang mengancam tapi masih boleh diminum. Lasagna sedap. Cuma saya perasan makanan sekarang kuat letak garam.

Insya Allah bulan ini hendak pergi lagi bawa adik bongsu sekeluarga. Hari ini harijadi Nuha, anak kepada adik bongsu. Nanti tengok kalau menu ada berubah.

Jumpa lagi.