Nuffnang

Saturday, June 11, 2011

Mengetahui Kelebihan Diri Dan Cara Anda Berkomunikasi


Assalamualaikum...

Ok hari ini secara keseluruhnya emosi agak stabil. Adakah kerana saya mengikuti petua yang saya tulis semalam itu iaitu kurangkan gula dan berjalan kaki? Tidak tapi saya minum teh dengan sedikit gula sahaja. Azab minum teh pahit dan walaupun letak sesudu gula untuk satu cawan besar air pun memang tak rasa manis pun.

Waktu emosi yang agak agresif itu, waktu itulah saya perasan saya berani godek sumber kod blogspot. Membega dan tak semena-mena menambah perkakas baru. Masih tak berjaya membuang panau itu. Menambah perkakas baru pun mula-mula tak berjaya tapi agaknya lepas saya keluar daftar google, masuk balik baru berjaya atau mungkin saya biarkan beberapa jam? Perasaan itu memang jangan cakap, kerana tenaga yang luar biasa membuat saya tak senang duduk. Memikirkan dan perasaan yang tidak tenteram untuk terus menggodek. Padahal pada waktu emosi stabil memang fikir berkali-kali untuk menggodek kod. Berani takut. Ketika emosi dan adrenalin yang tinggi serta estrogen yang tinggi maka terus buat tanpa soal kalau tak angin rasanya. Agaknya mereka yang merempit di jalan raya mempunyai perasaan ini kut? :)

Beralih pada sisi lain, saya pernah nyatakan saya teruja untuk meneroka bidang blog dan terutamanya menulis. Saya suka memulakan dari bawah, perlahan-lahan naik. Jadi progresif saya dengan empunya blog lain berbeza di mana mereka yang sama mula daripada saya mungkin telah mempunyai pengikut yang ramai daripada saya, trafik dan pandangan muka yang tinggi dan sebagainya. Maka terpulang pada matlamat, objektif masing-masing. Apa yang anda kejar? Trafik tinggi? Penulisan berkualiti? Pengikut? Adalah penting anda ikuti matlamat anda dan jangan terpengaruh atau rasa sedih kerana rasa ditinggalkan.

Kalau nak tahu matlamat saya boleh cari pada tulisan lama-lama. Alhamdulillah, ia mengikut perancangan dan matlamat serta memang saya tak mahu buat secara mendadak. Biar perlahan asal sampai. Haha boleh gunakan untuk dunia blog. Lagipun saya ialah manusia kinestetik. Saya suka melakukan sesuatu berdasarkan perasaan dalaman (instinct/gut feeling). Kalau korang perasan tulisan saya memang tulisan yang menyentuh emosi/perasaan saya, perkara yang dekat dengan saya. Apa saya suka atau tidak. Saya tidak suka orang suruh tulis itu ini. Saya ada cara saya.

Setiap orang ada cara. Kalau mengikut bahasa neuro, ada orang berkomunikasi secara audio, visual dan kinestetik. Satu lagi cara digital.  Anda tahu anda dalam kumpulan mana? Tak tahu? Hmm maka carilah dan kenali diri anda. Apabila anda tahu kelebihan anda maka gunakan dengan maksimum dan elakkan menggunakan cara yang tidak sesuai dengan anda.

Ok itu aje saya nak kongsikan. Harap ia memberi manfaat. Kalau nak tahu kumpulan mana boleh cari di enjin google atau saya pula baca buku 'Law of Connection' oleh Michael J. Lousier. Jumpa lagi.


No comments: