Nuffnang

Sunday, January 6, 2013

Harap-Harap Ada


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam pergi Mydin Mall Ayer Keroh dengan mak. Pujuk mak pergi sini sebab saya nak jenguk MPH. Menahan perasaan nak beli siri 'Anne' tu. Dah putus asa yang Popular di JJ dan Tesco tak akan ada buku ini.

Masuk sahaja tengok seleksi buku bahasa Inggeris terhad. Eh ini sahaja ke yang ada? cakap dalam hati. Nak tanya pada pembantu jualan tengok dia asyik borak dengan sorang lagi pembantu jualan. Pusing-pusing tengok mana tahu terlepas pandang. 

Tak tahan terus pergi tanya sorang lagi pembantu jualan. Budak tu pergi pula ke kaunter bayaran tanya buku tu kat orang lain. Di sini rupanya mereka ada sistem tajuk buku. Memang sebiji saya tengok dalam pengkalan data MPH cuma tak terperinci macam berapa kuantiti buku untuk setiap cawangan tu memang saya takde nampak kalau layari laman MPH.

Dia cari buku-buku itu memang ada dalam inventori tapi bukan di MPH situ. Saya tanya tak boleh ke dorang ambil bawa ke Melaka. Saya nampak macam ada di MPH Midvalley. Cakap dalam hati dah lama tak pergi Midvalley. Nasib baik dia cakap boleh kalau ada stok dia akan telefon.

Jadi saya tinggalkan nama dan nombor telefon. Memang rasa tak sabar sangat. Harap-harap lepas 3 hari waktu kerja dapat panggilan berita baik. Haha di samping kenalah sedia duit nanti.

Harap-harap semua berjalan lancar. Nanti kalau dapat. Saya tunjuk rupa buku tu (mungkin gambar tu ambil daripada pengkalan data MPH).

Sebenarnya ada juga MPH buat jualan secara talian tapi malas nak pergi masukkan duit. Lagipun puas kalau dapat tengok dan berpuas hati dengan barang tersebut. Lagipun kalau buku tu terlipat mungkin boleh minta tukar. Apapun harap-harap buku saya hendak mengikut apa saya minta. Memang terperinci masa suruh orang tu carikan dalam pengkalan data. No SSBN, penerbit memang sudah spesifik.

Ok jumpa lagi...

4 comments:

maszull said...

assalamualaikum wina...jenjalan di hari minggu yer...:)

maszull said...

assalamualaikum wina...mama dah kurang tapi anak mama yg buat dia buat pun melalui penghantaran dropship jer dr agennya...:)

Syazana Zainn said...

amboi, mmg nak sangat-sangat buku tu. hihi

NA said...

@Mama Maszull: Waalaikumussalam. Haah mama. Nampaknya takde rezeki.

@Schaze: Mesti sebab asyik terkenang je.

-wina1979-