بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Tengok akaun Nuffnang tadi, ada pula saya dapat iklan promosi Australia. Agaknya saya dengan OZ tak dapat dipisahkan. Eheh. Dulu pun saya dalam program ACHEM untuk sambung pengajian di sana. Mula-mula macam tak berapa 'cinta' sangat dengan Australia ni. Emak macam suka dulu saya dapat program ni. Dia kata dekat kalau nak pergi melawat saya. Padahal hati pada USA. Macam kecewa juga.
Lepas itu, belajar Australian Studies barulah kenal sikit-sikit pasal Australia. Pasal binatang paling saya ingat sebab unik ada wombat, wallaby, platypus, emu dan lain-lain. Saya pula dalam kumpulan wombat. Huhu memula tak tahu apalah menatang ni. Lepas cari maklumat baru tahu camne. Si Sha pula kata rupa wombat macam rupa saya. Terus cop saya panggil wombat. Pasrah jerla.
Tapi saya tak dapat belajar di Australia tu. Kegawatan ekonomi. Kami dihantar ke universiti biasa. Kecewa juga. Macam kempunan nak belajar sana.
Apapun saya tak pernah lupa pensyarah-pensyarah saya dan penting saya tak lupa wombie saya :) Jadi ingatan tetap ada.
Allah lebih tahu apa yang baik untuk saya. Moga saya redha dan tidak timbul kekecewaan. Mungkin satu hari saya dapat sambung ke sana. Jika tidak semoga perasaan itu tak hilang.

5 comments:
Salam wina...wahhh besh kan if dpt duk obersea..teringin..hope satu masa andai de rezeki...mau gak kesana-sana..hik3..:-)
p/s::lama xnyinggah sini..:-)
takpe tak pi sana
sini pon byk juga universiti bagus kan :)
lgpun pe yg berlaku ada hikmahnya :D
@Jue: Salam Jue. Haah mesti seronok duk luar negara :)
@Schaze: Betul tu. Segala yang berlaku ada hikmah.
Saya baca posting tahun 2013. 7 years ago. Allah tahu apa yang baik untuk kita, kan. Wombat tu comei. :)
Sudah redha. Tiada perasaan ralat. Alhamdulillah. Terima kasih baca pos ini, saya balas balik sebagai penghargaan.
Post a Comment