بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pin pin. Bunyi hon kenderaan pada lewat petang. Saya tengah khusyuk melayan siri Korea "Madly In Love."
Kawan abah agaknya. Selalu lewat petang kawan abah yang datang. Tetiba terdetik mungkin barang saya. Emel daripada Syazni mengatakan barang telah dihantar daripada Shoppee. Kata kemungkinan sampai 27 September. Mungkin tidak.
Abah sudah keluar. Abah masuk semula membawa bungkusan hitam yang besar.
"Zira punya. Nanti abah hendak whatsapps dia."
Saya tidak sedap hati. "Abah nanti," Saya ambil dan belek bungkusan.
Bukan Zira punya. Na punya." Semua ingat kalau barang sampai adik saya punya.
Sampai cepat juga. Alhamdulillah. Sejadah yang tebal. Warna kegemaran: biru. Moga saya rajin solat. Terima kasih Syazni kerana pilih saya sebagai pemenang.
27 comments:
Tahniah NA :)
shida pun dah smpai brg dari syazni..blm buka lg..
Inshaa Allah sat lg balik keje nk belek2 :)
Alhamdulilah..saya pun dapat.
tahniah2
Alhamdulillah! Tahniah NA 👏
Alhamdulillah dpt sejadah, org yg memberi dpt jariah berpanjangan, org yg guna pun dpt pahala berpanjangan.
Alhamdulillah..tahniah NA 🌼
Yeayy dah selamat ke pangkuan NA, harap NA suka ;)
Terima kasih. Insya Allah akan gunakan lepas saya sudah boleh solat.
Alhamdulillah..tahniah 💖
Tahniah! Seronok dapat hadiah kan.
Alhamdulillah. Best tu dapat sejadah tebal. Tahniah kak NA
Alhamdulillah rezeki
Tahniah NA👍👍
Semoga istiqomah mengerjakan amal ibadat... aminn...
alhamdulillah..rezeki.
Tahniah, NA!
alhamdulillah..
tahniah ya
wahhh best nya dpt hadiah sejadah👍👍👍👍
Syukur Alhamdulillah.
Murah rezeki, tahniah.
Wah tahniah!! Bestnya dapat hadiah sejadah!! Alhamdulillah...
best juga story telling begini...
baca pun seronok..
tahniah kerana dapat hadiah
Tahniah kak Na.
Alhamdulillah tahniah NA
Alhamdulillah, rezeki.
Tahniah NA
cantik sejadah.. bulu2 nampak mahal
sejadah kombinasi dgn telekung.. alhamdulillah
MashaAllah pandai pemberi memberi, untunglah dapat sejadah gebu, inshaAllah mesti rajin solat, yang tu ja yang perlu buat kan nota untuk diri :) moga dilimpah rezeki dengan keberkatan.
Post a Comment