بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selalunya setiap minggu akan sibuk menghadiri pelbagai jenis kenduri. Sehari sampai 2-3 kenduri perlu dihadiri.
Sejak PKPB boleh dikira dengan sebelah tangan. Rasanya 2 kenduri saya hadiri. Kenduri aqiqah pula yang pertama untuk musim ini. Aqiqah ini untuk Aafiyah anak Amirul (3 pupu). Arwah Nek Inap (moyang saya) dan Nenek Busu (moyang Amirul) adik-beradik. Kami berhubung secara rapat. Acara diadakan di rumah Wan Robi di tanah adat. Jadi rumah Uwan dan Wan Robi berdekatan. Untuk pengetahuan tanah adat tidak boleh dipecahkan dan dijual. Hanya boleh diwariskan kepada anak perempuan (selalu anak perempuan pertama) Pelbagai penama jadi boleh tukar penama untuk penama lain. Misalnya rumah Uwan sudah tukar kepada nama emak (anak perempuan). Jadi tanah adat ini memang luas dan saudara-mara duduk berdekatan.
Ok cukup pasal itu. Acara dimulakan dengan marhaban pukul 10 pagi lebih. Selepas itu doa selamat.
Awal-awal makan kuih. Lepas itu pulut kuning untuk sarapan pagi.
Terliur dengan kambing panggang. Makan ini dahulu.
Selepas itu makan nasi dengan daging masak lemak cili api, ayam goreng berempah, ulam, sambal belacan dan ikan masin. Tidak ambil gambar sebab tidak sempat dan ramai orang.
Kek kukus buah daripada Mak Long Sayang sebagai buah tangan sebelum pulang. Memang sekejap, pukul 12 sudah bersurai.
42 comments:
sekitar uitm kuala pilah ni pun banyak betul rumah atas tanah adat :)
Konsep tanah adat tu sgt bagus, dpt melindungi kebajikan kaum hawa.
Kambing bakar...sedapnya..
Sedapnya kambing bakar!
Sedap-sedap makanannya 😎
Sejak PKP ni dah jarang2 ada kenduri
Kalau ada kematian baru ada kenduri tahlil
Sedap tu menu kambing bakar. Sisyat suka 😊
menarik cerita tentang tanah adat, mungkin boleh detail lagi
adat perpatih ke tu..
elok sangat dipertahan supaya tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan
Aduh... sedap semua menu yang dihidangkan
Salam kak, dana nak minta alamat akak
Nanti email kat dana ye
norhidana@gmail.com
nasib baik pulut kuning tu tinggal gambar pinggan je. kalau tak mesti meleleh air liur ni. hihihi. take care NA.
Kambing panggang tu memanggil manggil la dengan kuahnya tu nampak sodap.
Sedapnya kambing panggang tu! 🤤
Dulu masa menetap di Pilah, ada beberapa kali hadiri kenduri orang di sana.
Memang meriah juadahnya. Sedap2.
oooo.... baru tau, admin nie orang Negeri Sembilan...
Sy pun dah rindu sangat nak makan kenduri :(
masih rajin juga KakNA pergi kenduri dan memenuhi jemputan. saya ada juga terima jemputan tapi jauh dan ramai kawan2 pun tunda majlis.. apa2 pun take care..
waduhhhh menggamit selera laa tgk kambing panggang tu hehehehe
p/s kalau tak keberatan boleh tak sy nk minta details sekali lg? yg aritu ounya sy terpublish then sy cpt2 delete. nnt komen kt blog sy ya. terima kasih.
Biasanya aku tak suka kambing panggang, tapi .. lihat foto disini sepertinya enaaak ..., membuat saya jadi lapar :D
ahhh terliurrr
Bestnya kenduri! Dah lama tak pergi kenduri sejak pkp
Betul tanah adat memang takleh usik. Terus dapat kat anak perempuan first. Sedap tu pulut kuning, daging masak lemak cili api.
ummi sejak pkp da xde kenduri dah..hehhe...rindu suasana kenduri makan nasi kenduri..semoga korona terhapus untuk kita sama-sma menikmati kehidupa seperti dahulu
Lama tak pi kenduri sejak pkp 🌹🌹
Sedapnya kambing bakar.
Pestime dengar tanah adat. Mungkin boleh cerita lebih details. Hehe
Yum.
Kalau ada kambing bakar...hmmm memang tak gerak ke manalah. Musim covid ni dah jarang-jarang pergi kenduri.
Pkp ni kenduri tak leh lama2
Kambing perap bakar tu NA...sedap! fav shida tau!
saya belum pergi
mana-mana kenduri lagi
di musim pkp ni
W'salam NA..
Itulah antara keunikkan tentang tanah adat di Negeri Sembilan sebab ianya berbeza dengan Kanun Tanah Negara yang biasa digunapakai dalam undang-undang Malaysia.
Alahai. Terasa janggal pula bila baca tentang kenduri. Lama tak bersosial
wah beragam juga ya makanan nya, sama seperti di indonesia kalau pas acara aqiqah😁👏👏
Adat perpatih ek?
Cik tk ni sepanjang musim pkp ni baru pergi kenduri kahwin sekali.
Terliur tengok kambing panggang. :D
i love kenduri akikah..biasanya makanan kampung yg dihidangkan n i just love the food hehe
Main pkpb ni mmg kurang kenduri. Kalau ada pun berkira gak naknpegi
semoga kita semua dilindungi..
sungguh lama tak attend kenduri...
rindu nasi minyak.
rindu kambing panggang.
rindu dessert table.
yg plan nak kawin pun, terpaksa tangguh ekk majlis diorang.
satu contoh terdekat, anak buah sulung aida (side asben).
nak bertunang, tup tup PKPB di selangor ari tu. aduhai :(
masih ada kawan2 yg bercadang nk bernikah thn dpn.. harap urusan mereka dipermudahkan allah. nk ke kenduri pun risau lg
Baru tahu warisan tanah adat begitu ye, jadi ada la habuan NA ye, hehe bertanyala pulak, betul kerap kenduri sebelum ni,
Ada reset sikit sejak pandemik.
Post a Comment