بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah tanggal 3 April, Sabtu dapat pergi makan buffet bersama emak abah di Swiss Garden. Terima kasih Cik Ako atas hadiah ini. Tidak sangka juga sebab ingat hadiah akan dipos memandangkan Cik Ako minta alamat dan nombor telefon. Jadi macam acuh tidak acuh, tunggu sahaja. Sekali Cik Ako WhatsApp beritahu pilihan sama ada tidur di hotel 2H1M atau hi-tea. Cik Ako tanya berapa orang. Terkejut juga dapat hadiah yang sangat besar. Hehe saya minta waktu untuk berunding dengan abah tanya mana dia mahu. Ok dipendekkan cerita maka pilihan hi-tea untuk 3 orang. Untuk mereka yang kurang faham saya menang hadiah apa, boleh klik di sini.
Berdebar juga. Maklumlah jadi ketua kumpulan. Hehe abah pula asyik tanya betul ke ini. Takkan tipu pula. Maka hari ditunggu kami keluar awal juga dalam pukul 11 pagi lebih. Sebelum keluar ada van datang. Pernah cerita di sini tujuan van. Ada urusan abah sedikit itu yang keluar awal. Itupun sampai Hotel Swiss Garden Melaka lambat sedikit sebab cari pintu masuk. 2-3 kali pusing. Tahulah jalan bandar Melaka, jalan sehala. Hehe.
Tempat letak kereta memang di aras 3A. Jadi masuk ambil suhu dan berpecah sama ada ke pusat beli-belah Shore atau ke arah kanan untuk ke Terrace Garden.
Ramai sudah beratur untuk masuk ke kawasan tempat makan. Ambil lagi suhu, kemudian beritahu nama dan jumlah orang yang makan. Gemuruh sungguh. Tengok nama salah eja. Hehe dapat kawasan 3A hujung sekali dekat dengan kawasan kuih-muih, buah-buahan dan kek. Strategik sebab makanan boleh letak atas meja jadi boleh ambil makanan lain tanpa keluar dahulu. Apapun SOP sangat ketat dan dipatuhi. Masuk ikut lorong ditentukan dan keluar ikut lorong lain. Sebelum masuk kawasan buffet, staff akan pastikan kita pakai pelitup muka dan sarung tangan plastik kedua-dua tangan.
Alhamdulillah meja tepi tingkap dan dapat pemandangan Sungai Melaka dan Kampung Morten.
Makanan yang menggamit saya untuk ambil ialah sushi dan ladu. Jarang dapat di buffet hotel lain. Ambil sedikit-sedikit untuk rasa. Diakui saya ambil 2-3 kali sushi. 2 kali juga ambil chuka idako. Jeruk dimakan bersama sushi sedap. Minta petugas buat air machiato.
Lepas itu tumpu untuk makan. Tidak ingat berapa kali ambil.
Ini antara gambar-gambar yang diambil. Lapar katakan. Ambil sekadar cukup syarat. Lagipun mak saya selalu ingatkan nanti habis tidak diganti makanan sama contoh macam ais kacang, saya tidak dapat bahan kelapa laut tapi dapat rasa ais kacang abah yang ada kelapa laut sebab dia ambil itu awal sekali.
Banyak kaunter saya tidak ambil gambar macam kaunter nasi ayam, mihun, salad. Ada dibuat secara panas oleh chef macam sate dibakar ketika diminta, laksa nyonya dibuat chef juga. Tempura digoreng panas-panas. Makan sampai pukul 2.30 petang. Orang pun beransur kurang mengelilingi buffet. Pulang dengan rasa gembira. Mak dan abah ingat hendak datang lagi pada 11 April untuk sambut ulangtahun perkahwinan tapi tidak dapat sebab adik tidak dapat balik.
Buffet Ramadhan disediakan juga.
Terima kasih sekali lagi untuk Cik Ako.
38 comments:
wahh..bestnya..dapat bawa parents jamu selera..Alhamdulillah..
Bestnyaa dapat hi tea di hotel. Bukan biasa biasa hadiah kak Ret ni :D
Kenyang perut dapat makan banyak banyak.
Alhamdulillah..rezeki sangat dapat hadiah macam ni. Seronok dapat rasa macam macam makanan sedap di hotel. Ada rezeki dapat berkumpul boleh datang lagi kat sini :)
wahhh menu nya sedap2..btw sy tag sis Wina dekat sini ya.. :)
https://ramaramapendek.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
Alhamdulillah..rezeki dikongsi bersama emak ayah..tahniah.
Seronoknya dapat bawa mak ayah datang sini. Moga tambah rezeki penaja.
wah bestnyaaaa. mesti sedap2 ni :)
besar n mahal juga hadiah tu kan? Biasanya abe kie dpt hadiah biasa2 je bila menang GA. Tahniah ye..
best nyaaaaaaaa... rasa mcm dah lama tak mkn bufet kat hotel waaaaa nak jugakkkk
Alhamdulilah NA... Rezeki dapat share ngan mak abah..
Semoga panjang umur mak abah..
Insyalah ada rezeki lg, kita buat GA lagi hahaha.. (klu rajin) 😅 ni tgh cr mood rajin balik nak update blog n blogwalking
ini. kalau atie pergi..mmg tuju tempat dessert saja .. haha
Wah...hadiah besar ni. Siap boleh bawa mak ayah.
Seronok sungguh gini. Pilihan makanan pun banyak. Puas hati.
Tahniah Na 👏🏽
Membaca artikel ini membuat saya rindu pada almarhumah Emak.
Bestnya hi-tea kat hotel..hehe..rezeki-rezeki :)
wahh bestnyer makan2 hi tea.. tahniah sekali lagii😅🍵☕🍵☕
Syukur alhamdullilah. murah rezeki akak sekeluarga. lumayan hadiah akak dapat. hihi.bawa sekeluarga makan buffet. terbaik akak. oh, akak suka makan chuka idako ya. mmg betul kak, mmg jarang2x ada buffet sediakan sushi seperti chuka idako. kalau ada pun sushi cam sake, tsubukko, kanikama maki etc jew yg selalu ada.huhu. terbaik kak. hihi. :D
Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama ibu ayah lagilah besar maknanya. Pasti ada keberkatan :)
Tahniah NA!
Hebat hadiah ni. Kalau saya conform tak lunch. Sedapnya sushi. Lama x makan
tak nampak pulak muka penulis nya
Wah! Tahniah Na murah rezeki..sekali dgn pemberinya juga :)
best sekali skala mkn buffet kan..
Alhamdulillah.. Hadiah yang lumayan dapat dikongsi bersama mak ayah..
Alhamdulillah... 🤲🤲
Sampai ATI tunjuk gambar makanan uwaa.. haha gurau aje.. Ramadhan Kareem buat Na sekeluarga semoga Ramadhan Kali ini lebih baik Dari sebelum ni
Alhamdulillah rezeki NA dapat bergumbira bersama parent ya.
Didoakan cik Ako (Retna) dilimpahi rezeki selalu.
Alhamdulillah
seronok bwesama family
SELAMAT BERPUASA Na
sedap nian dish yang terdapat dalam berbagai kaunter...aku jadi ingin tahu yang bagian pencuci mulutnya..looks sweet...
Wah, seronoknya! Alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan parents sekali.
Alhamdulillah, rezeki NA. Lumayan hadiah dari Ako. Tumpang seronok tengok gambar makan beshh... :)
bestnya hadiahh
mesti seronok kan hehe
Selamat berpuasa NA.. Alhamdulillah rezeki.. Kongsi dengan parents bertambah luas pintu rezeki NA.
Saya pernah juga makan di SG Hotel Melaka, salah satu tempat kegemaran untuk breakfast & hi-tea..
Juadah pun semua kena dengan citarasa.
org tak boleh rentas negeri ni hanya mampu tgk je waaaaaaa
Alhamdulillah. Rezeki awak dapat bawa emak ayah makan di hotel.
Woaaaahhh! Rezeki yg tak disangka2, besntya. saya pon tak expect ni hadiah dari blogger bila baca title. lamanya tak pergi hotel dan makan buffet :')
Seronok dpt berbuka puasa di hotel. Murah rezeki Ako. Tahniah alhamdulillah rezeki bln puasa
Fuhyoooo... rezeki.. bestnyaaaa .. bersama family gitu
suka juga buffet n kena betoi2 lapar baru pi..
tapi tahun ni xdak prancangan laa buffet dimana2. mmg banyak dok rumah ja..
MashaAllah rezeki sis NA dan keluarga, syukur alhamdulillah dapat bersantai menikmati view melaka lagi Tahniah..moga dilimpahi rezeki lagi Aameen.
wah ..bukan semua ada kesempatan untuk buat hi tea di hotel
Post a Comment