بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Banyak betul produk/perisa baru yang diperkenalkan oleh Gardenia. Persoalannya sejauh mana kita hendak cuba perisa baru tersebut.
Saya tertarik untuk mencuba perisa black forest apabila ternampak iklan AdSense menari-nari di blog-blog saya lawati. Mata hanya tertancap pada bungkusan black forest. Perisa gandingan iaitu karamel masin tidak saya endahkan. Maka niat untuk mencari bermula.
Bertambah semangat apabila membaca blog mamapipie. Dia sudah mencubanya dan dia kata sedap.
Beberapa kali percubaan mencari tidak jumpa termasuk di Mydin MITC. Terpaksa minta tolong abah cari semasa beli suratkhabar. Siap tunjukkan iklan pada abah dan abah ambil gambar. Apalah dia tahu apa yang hangat ketika ini. Cuma tahu berita hangat Gardenia akan naikkan harga produk. Itu sahaja.
Pencarian oleh abah tidak berjaya. Saya tidak menaruh harapan lagi untuk dapat kerana anggap barang tersebut cepat habis.
Tiba-tiba petang semalam saya menjerit kegembiraan nampak bungkusan roti perisa Black Forest atas meja dapur. Bukan satu tapi 3 bungkus! Oh! Abah dan emak pun hendak rasa roti baru tersebut.
Pandangan pertama pada bungkusan. Kemewahan warna ungu memang menggamit untuk belek dan mencuba. Ilustrasi kek black forest dihias ceri sangat menarik. Pengiklanan yang berjaya. Harga sebungkus: RM1.50.
Tidak sabar hendak makan. Bahagian dalam terdapat krim berwarna putih dan sedikit ungu dan kismis.
Rasa sedap. Boleh tahan. Rasa anggur yang kuat. Roti pula seakan roti coklat. Ok puas hati dapat rasa.
Adakah saya akan beli lagi? Ya.
Jumpa lagi.
30 comments:
wahhhh dana tak jumpa lagi kak... dana tengok di you tube isaac osman macam sedap je yang baru tu... nak kene cuba jugak nih...
Belum cuba lagi...
Kalau jumpa nak try beli juga :)
sedapppp
Menarik ni! Saya suka kombinasi rasa blackforest. Nanti nak carilah
Belum cuba lagi
kalau sedap mesti rasa nak beli lagi, kan?
memang susah cari roti ni di pasaran. asyik habis aje
Susah nk jumpa dan harga roti gardenia mencanak naik
baharu saya perasan tulisam lebih panjang dari biasa..
saya memang suka jenama ini..
cuma jarang ada kesempatan untuk membeli
ada salted caramel je kat 7e. black forest tak ada huhu
Bolehlah cuba try cari nanti
Rindu Gardenia Sambal Ikan Bilis.
Nampaknya esok nak kena beli roti (tapi bukan Gardenia lah.. hihi, kat sini tak de) bubuh sendiri sambal.
tak jumpa lagi ni...
tp nnt bole cari juga :)
salam singgah
saya dah follow
jemput singgah nanti ke blog saya ye
kalau jumpa, mau saya beli jugak ni. Tapi tak nampak bayang pulak.
wahh siap keratan rentas khatulistiwa tuhh.. nyum2
Kurang minat sikit kalau kismis dicampur di dalam roti atau nasi minyak tapi kalau berasingan, suka aje..huhuuu
Wah ada roti baru lagi. Bolehlah cuba. Kalau sedap mesti viral. Bila viral mesti cepat habis. Kalau jumpa kena beli cepat cepat ni.
Alhamdulillah rezeki, anak beranak nak rasa, Nampak sedap, nak cuba la jugak..
belum cuba...dah lama x makan kek black forest..
terbayang sedap kak..aku sangat suka roti dengan krim melimpah apalagi ada kismisnyadan warna ungu itu kira kira apa ya kak
Kena cuba jugak ni nanti.
Macam macam perisa dah roti sekarang ni. Bestkan, banyak pilihan
di kelate ni lambat sampai produk2 yg baru keluar. kena tunggu sikit. harap berkenan di hati nanti bila dicuba...
Nak jugaklah beli.
Belum berkesempatan untuk cuba. Tak jumpa lagi kat area sini.
Singgah sini ye 😊
Belum pernah cuba lagi..
Aini tahu ada 2 yang baru.. Satu black forest lagi satu tak silap yang ada Caramel
Belum pernah merasa lagi.
Roti Pandan kelapa pun baharu je Mrs. A dapat rasa muahahhaaa
Lum lagi
Sedap kan. Kite suka
Post a Comment