Nuffnang

Tuesday, February 8, 2022

Kenduri Tahlil Dan Kahwin Pertama 2022

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
 
Tahun lepas memang langsung tiada pergi kenduri. Ini bagi sayalah tapi tahun ini dapat pergi ke kenduri pertama iaitu kenduri tahlil pada 1 Februari di rumah Uwan, Tampin. Perancangan memang saat akhir. Konon hendak buat pada bulan Mac tapi Uwan kata lambat sangat. Bayangkan bincang minggu akhir Januari. Waktu itu saya kalut dengan vaksin penggalak. Kata buat hujung minggu iaitu 12 Februari. Dalam fikiran, "oh tiada masalah lebih seminggu selepas vaksin." Tiba-tiba tukar pada 1 Februari (Selasa) yang memang Tahun Baru Cina-- 4 hari selepas ambil vaksin. Sebelum itu saya hendak kata syukur saya sihat lepas ambil vaksin. Cuma lenguh pada lengan hingga hari Ahad. Jadi memang boleh pergi dengan senang hati untuk kerahan tenaga. Kenduri buat secara potluck. Masing-masing suka hati hendak bawa makanan apa. Uwan suruh Makchek buat lauk masak lemak perut dengan rebung.

Datang awal ke rumah Uwan bawa lauk ayam masak kicap dengan lada hitam, sebiji tembikai dan sekotak limau mandarin. Khemah sudah didirikan bersama kerusi dan meja.

Khemah Kenduri Tahlil

Bacaan tahlil untuk lelaki dan perempuan memang buat di luar di khemah. Senang ada pengudaraan. Lepas doa selamat boleh terus makan. Cuaca pun cerah dan terik. Alhamdulillah tiada risau hujan. Saya lupa ambil gambar ketika bacaan tahlil. Teringat ketika baca doa tapi telefon bimbit dalam beg tangan di rumah. Biasa jadi tuan rumah bersama, kita sibuk perkara lain. Lagipun makanan secara potluck jadi ada makanan belum sampai jadi memang tidak akan lengkap.

Nasi+Masak Lemak Perut Dengan Rebung+Sambal Udang Dengan Petai Dan Ayam Goreng

Lauk saya ambil di atas. Macam-macam lauk seperti ikan masak kicap, kari daging, pajeri terung, pecal dan lain-lain tapi ini yang saya ambil (seperti di atas) Baru perasan tiada ulam untuk kenduri kali ini. Masa hendak habiskan nasi, Mok cakap dia terlupa goreng ikan masin jeruk. Mok cakap lauk kurang masin. Lauk yang elok rasa masin lauk singgang ikan dengan keladi. Lepas habis makan saya tambah nasi dan ambil keladi untuk rasa. Laku lauk ini. Tinggal sedikit. Ramai yang datang. 

Ini pula makanan kenduri kahwin tanggal 5 Februari di Cheng. Waktu ini cuaca mendung.

Nasi Putih+ Ayam Masak Merah+Dalca+Ikan Masin+Sambal Belacan Dan Teh!


Ketika sampai tengahari ada tempat kosong. Waktu balik sudah ramai orang.

Cenderamata: Sudu Dan Garfu


Praktikal betul cenderamata yang dapat.

Tidak sabar untuk pergi kenduri lagi.

19 comments:

Ako Retna said...

Laaa kg NA kat tampin ke? Dkt belah ketapi tu ke or yg belah2 nak ke balai polis tu?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sedapnya makan kenduri, sedap dia lain macam. Sy bulan ni ada satu jemputan. Tak sabarrrrr.

Nurin Irsalina said...

lama dah tak pergi kenduri. last handle kenduri waktu bulan 12. sepupu kawen

nohas said...

Alhamdulillah..cuaca baik utk dua2 event..
sedapnya singgang ikan + keladi..masam2..

nayfatimahrasyid said...

Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar🌹🌹memasing bawa lauk sendiri... Senang👍👍

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Menarik door gift.
Bleh ditiru ni.

Amie said...

Macam-macam bentuk doorgift sekarang ni. Kreatif betul tuan rumah sediakan.

Ujie Othman said...

Bagus cenderamata sekarang ni, memang berguna.
Saya pulak masih belum pernah ke mana-mana kenduri sejak PKP 1.0, maklumlah dok nun jauh dari kawan dan sedara. Padahal ada 3 jemputan, tapi semua tak dapat hadir sebab jauh.

Kakmim said...

seronok kn dh boleh pegi kenduri.. sy 2 bln ni dh 2x pegi kenduri kawen.. hehehe

Puan Hazel said...

Dah lama tak makan masak lemak perut... sedapnya :D

mama tisya said...

kita lama tk p kduri..last pegi kduri sblum pkp mac 2020 dlu

Cik TK said...

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...

Dah lama tak pergi kenduri... Baru2 ni ada kawan jemput kenduri dia, tapi tak dapat pergi sebab jauh...

Azhafizah MN said...

Tahun lepas dan tahun ni belum pergi mana mana kenduri lagi. Bagus juga kenduri versi potluck. Boleh rasa macam macam makanan. Menarik door gift dapat sudu dan garfu. Boleh digunakan.

SalbiahM said...

Ada juga pergi kenduri, cuma belum terlibat jadi co host sejak musim covid ni

Mbul Kecil said...

menu potluknya menggiurkan kak na...rebung dan ada ikan masin keladi huaaa...tampak ku ingin menikmatinya ^^

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki, sedap lauk-lauknya, singgang ikan dan keladi menyelerakan. Menarik doorgift sudu garfu

mamapp said...

Selamat berkenduri na. Sedap lauk2 nya. Mmg suka souvenir jenis yg boleh pakai mcm ni

nona sani said...

Semoga pengantin berbahagia sampai syurga Allah..Best tu kalau banyak lauknyaaa..Pulak tu lauk kampung yang sedap belaka...Kannn..

Alhamdulillah ye, done booster..hehe

dear anies said...

sy paling suka kalau g kenduri kahwin ada teh tarik. rs mcm mewah sgt hehehe