بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selasa dan Rabu minggu lepas, emak dan abah turun ke Selangor. Seperti biasa saya kena jaga ikan dalam kolam di rumah.
Jadi balik hampir Maghrib, emak bawa mee udang banjir untuk saya. Rupanya mereka ada singgah Sungai Besar untuk tengok kebun dan lalu Kuala Selangor jadi mereka mencuba mee udang banjir K.S.
Kuah dan mi diasingkan. Apabila buka penutup bekas. Ada 3 ekor udang. Rupanya emak dan abah tidak habis makan udang jadi letak dalam bekas makanan. Emak cerita dia dapat 5, abah pula dapat 4. Saya punya sebenarnya dalam bekas plastik kuah. Saya punya ada 5 ekor tapi 3 ekor saya beri kucing. Apapun sebelum makan saya akan kopek udang dan buang bahagian urat belakang. Saya keluarkan separuh mi, 3 ekor udang, suku telur dan separuh kuah.
Terkial-kial saya hendak habiskan. Kurang memenuhi citarasa saya sebab tidak pedas. Rasa manis dan masam. Masin memang tiada rasa. Emak tanya macam mana rasa. Saya cakap kena ambil masa untuk habiskan separuh. Seksa. Nasib baik bawa balik kalau makan kedai mungkin suruh tapau yang tidak habis. Emak pun cakap tidak memenuhi citarasa. Rasa sos tomato yang dicairkan dengan air.
Separuh yang belum makan simpan dalam peti sejuk. Mungkin makan esok.
Esoknya dapat idea dengan ubah rasa kuah. Saya letak biji cili (chili flakes) daripada peket Domino dan serbuk lada hitam, serbuk kari dalam peket Maggi mi segera. Pedas sangat pula. Haha tapi habis makan dengan cepat. Tiada rasa muak.
Ada lagi suku buat esok lagi untuk makan petang. Kurangkan biji cili, tidak letak serbuk lada hitam dan kurangkan kuantiti serbuk kari Maggi mi segera. Kali ini semua seimbang, tiada yang terlebih pedas. Habis juga. Alhamdulillah.
Sekarang sudah tahu rasa mee udang banjir K.S. bagaimana. Rasanya tidak akan cuba lagi.
45 comments:
banyaknya udang dia.
tp kalau kuah tak sedap, tak best jgk.
Peniaga makanan perlu ada inisiatif dari semasa ke semasauntuk jaga kualiti makanan yang dijual.
Boleh cuba mee udang kak ros Bukit Rambai ✌️
Pernah dengar. Tq ingatkan.
udang nampak besar..
manis kuah udang eh...
klu kurang pedas memang mcm potong stim sungguh ehehhe
Mungkin lebih sedap kalau makan terus di kedai. Saya makan di Tanjung Karang dulu sedap jugak
mee udang kuala.sepetang ker
yg femes tu.
biasa situ sedapp
Oh salah☺️ ingat kat perak mee udang kuala sepetang memang femes. Dan byk gerai kwsn situ.
dah improvise, baru sedap rasanya..pernah makan mee banjir udang KS, sedap jg..mungkin kedai lain kot..
Bagus NA kreatif juga nak habiskan mee tu dan elakkan pembaziran.
Eh, kucing NA makan udang ye?
Banyak jugak udangnya. Tapi kalau nak Mee udang best dekat taiping. Cuma kena pandai cari kedai. Kat sana banyak sangat kedai, sampai xtau nak masuk yang mana 1 hehe
nmpk besar udangnya tuuh.. 😅
Bagus la NA ni, kreatif olah. Tak terus buang bila tak boleh dimakan.
Buat sendiri lagi puas makan,kalau beli mahal sedap tak pa jugak,ni dah la mahal tak sedap pulak,saya pun malas masak,tapi kalau dapat yg kuahnya kah sos tu memamg tak puas hati kan.
Hehe buat pun malas.
Entah mungkin rasanya kuah sos agaknya.
Kena Bebel dengan emak. Masa kecil selalu dengar kata nanti makanan menangis. Jadi diajar untuk makan sampai habis.
Betul besar.
Sebenarnya tidak tahu rasa mi udang bagaimana.
Makan yang dah dikupas kulit.
Haah mungkin ikut tekak orang agaknya.
Haah ini di Selangor.
Ikut kedai agaknya.
Masalahnya tiada pedas langsung.
Mungkin begitu resipinya.
Haah kuah yang penting sebab itu ubah rasa kuah ikut citarasa. Hehe.
Bunyi nampak sedap.
I pun mcm tu bila mkn udang yg tak dipotong belakang mesti akan kopek sampai terbelah sebelum masuk mulut.
Hehe sudah ikut cara omputih pula. Tapi kadang-kadang malas buang. Ini sebab udang besar.
rezeki awak memang bagus...
sentiasa ada..
alhamdulillah
sedap tu kalau mee kurang pedas
itulah masalahnya bila beli makanan di kedai...x memenuhi citarasa kita. rasanya tukang masak ni tidak memasak dari hati!
Saya suka pedas.
Lain citarasa.
Banyak jugak dia letak udang dalam kuah. Tak syok makan tak pedas ni. Kalau pedas memang laju makan. Dah diolah olah akhirnya habis jugak.
Haah boleh tahan banyak udang.
Nasib baik boleh olah.
Tarikannya mungkin pada udang yang besar-besar tu.
Jujur betul komen NA ni tidak akan cuba lagi hehehee...
Banyak juga udnag yang dia bagi..
besar udangnya tu kali terakhi makan rasanya 6 tahun dulu kot lama kan
pernah mkn mee udang banjir masa outstation kuala selangor dlu..yummyyy
banyak betul udang dia. baca pun dah rasa sesak nak habis kan.hihi
Ooo..nampak sedap, rupanya rasa yang kurang memuaskan ek..aduiii
Mujurlah NA rajin olah semula kuah tu kan. Memang kalau tak pedas, tak berapa kick heheheh
tak berani ak makan rakut gatal idung hihi
Mee udang kalau tak pedas, rasa kuah hanyir, pandai sis NA olahkan, teringat pula chili flakes domino yang disimpan, bole guna kan.
Kalau singgah ks boleh cuba ni
walaupun tak rasa, tp sy faham perasaan tu... sbb byk kali terkena mcm ni... sedih pun ada
Kalau tak pedas mesti tak rasa sedap
Post a Comment