بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Kegembiraan berpuasa ialah ketika berbuka.
Inilah makanan berbuka saya semalam. Nasi kerabu bukan biru. Pertama kali juga makan nasi kerabu bukan biru di gerai yang selalu pergi. Inipun menu baru gerai ini. Makin bertambah menu baru selain laksa, mi kari, laksa, soto, lontong, laksam dan nasi dagang. Di samping menu biasa jumpa iaitu nasi lemak, mi/minum goreng selain kuih-muih. Asal beroperasi di gerai kecil tapi banjir tahun lepas maka berpindah ke deretan kedai berhampiran pasar Durian Tunggal.
Kuantiti memang banyak. Diasingkan gulai, sambal budu, kerisik dan ulam. Manakala dalam kertas coklat berisi nasi bukan biru, keropok, ayam goreng dan telur masin. Sayang keropok tidak garing.
Harga RM6.50. Rasa memang sedap tapi sayang tiada lada solok. Makan 2 kali. Ketika berbuka dan sarapan.
Kenyang betul. Alhamdulillah.
19 comments:
feveret ni..kekdg mcm x best kalau nasi tak kaler biru...hehe..tapi rasa sama je..
pernah ada kawan wat nasi kerabu color kuning..mcm makan pulut kuning pun ada . rasa samanya plus bahan2 semua...but feeling tu kureng.. solok lada is a must !
Nak biru pun takpe asalkan sedap
Mesti banyak sungguh sampai boleh buat makan dua kali nih.
Dah biasa makan warna biru, mungkin saya susah sikit nak terima yang tak biru 😁
Keropok ikan wajib ada baru best.
warna memang kasi sedap mata memandang jer
Nampak sedikit ganjil bila nasinya bukan berwarna biru :)
Jika ada solok Lada, lagi ngam tu NA.
mari ganu makan nasi kerabu mhi
mcm x best je sbb x biru.. hehehe
Besar portion tu boleh makan 2 kali
Sampai makan 2 kali, mesti banyak portion-nya.
Solok lada, kena tambah lagi singgit. :)
Di Restoran Yati Ayam Percik, KB.. nasi kerabunya pun tak biru.
Hai NA, moga sihat baik baik sahaja 🌹🌹
Nasi kerabu ni saya suka makan dengan ayam percik, budu lebih hehe.
Sedapkan makan nasi kerabu kalau ada solok lada.
Pernah makan kaler kuning.. sy ok je asalkan yang lain tu rasanya sedap.. solok lada kalau takda, biasanya tak beli ler... kena ada baru syok 🤗
sekali sekali cari jga nasi kerabu tp ciknur tak suka ada budu he hee
Menarik juga nasinya macam nasi hujan panas. Bagus asingkan ulaman. Sayangnya tak ada solok lada pulak. Harga okaylah macam harga standard nasi kerabu.
sedap2..my favourite tooo nasi kerabu ni..paling suka solok lada dia tu..baru umppph gitu bila makan nasi kerabu...
Post a Comment