بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Rasa makin malas untuk kemaskini blog pada bulan Mac. Cuaca semakin panas membahang, angin sejuk makin kurang. Kelmarin (Isnin) rumah disambar petir. Innalillahiwainnailahirajiun. Kena lewat petang pukul 5 petang. Orang datang baiki lepas Maghrib. Sempat bergelap di tingkat bawah dan tiada elektrik 100%. Tingkat 2 dan 3 ada sebahagian. Lepas semak panel dalam rumah, kena tukar panel depan rumah. Dia datang esok pagi
Itupun ada tidak dapat baiki. Memang tingkat bawah ada lampu, pintu pagar automatik, loceng rumah yang tidak berfungsi. Memang nampak banyak petir dan kuat betul bunyinya. Ada sekali macam petir itu macam kena bilik saya. Alhamdulillah kali ini tiada. Dahulu kena waktu raya PKP. Haha tiada lampu bilik. Harap lampu tidur sahaja. 2 tahun lepas (2021) pula biawak kena renjatan elektrik masuk panel elektrik luar. Lagi teruk berapi lampu. Saya tengok macam ada kebakaran. Fobia. Itu lagi teruk satu rumah tiada elektrik dan panel luar memang kena tukar dan buat baru. Masa itu hampir bulan puasa. Kasihan orang yang buat elektrik buat kerja luar kena korek tanah untuk ganti wayar-wayar baru. 2-3 hari juga untuk tukar wayar. Lepas itu baiki soket dan lampu yang terbakar. Rasa seminggu masa itu. Allah, moga kami diampunkan dosa atas ujian ini.
Hari ini sarapan luar istimewa di Klebang iaitu di Warung Hajah Robiah. Saya pernah cerita makan di sini. Sayang banyak gerai tutup jadi mood makan tidak seronok sebab makanan dihajati tiada. Saya makan kacang pool.
Harap Ramadhan baik-baik dan saya dapat beribadah dengan sempurna. Amin. Betul-betul jaga diri supaya tidak sakit. Insya Allah. Apapun Allah tentukan segalanya. Maaf atas salah silap saya jika ada komen saya kurang menyenangkan.
Jumpa lagi. Insya Allah.
21 comments:
Semoga dipermudahkan urusan NA sekeluarga..selamat menyambut bulan puasa...
sekrg ni dah start hujan waktu petang...
Innalillahiwainnailaihirajiuuunn... moga baik-baik saja NA.
Selamat berpuasa buat NA sekeluarga.
Selamat menjalani ibadah puasa NA 😊 semoga baik2 aje. Cuaca skrg mmg diramal hujan dgn petir. Kena berhati-hati bila keluar rumah.
Salam ramadan
Harap2 bekalan elektrik dah okay
salam ramadhan....selamat berpuasa
salam ramadhan almubarak., amin
Selamat berpuasa NA...moga dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang ramadhan...
Allahuakbar moga baik2 semuanya NA,kami mlm tadi pun blackout nasib sekejap je dah risau nak bangun sahur bergelap
Oh, bahayanya rumah kena kilat. Semoga letrik semua dah ok semula.
Selamat berpuasa, NA.
Seriau pulak membacanya... Moga semuanya kembali normal.
Selamat berpuasa NA 💐
Semoga dapat dibaiki mana yang rosak akibat dipanah petir.
Salam Ramadan dan Selamat berpuasa..
hari tu ada sekali petir kuat, kena juga rumah kami..lampu dapur shot terus tak dapat buka..kena tukar lampu baru...
biawak kena renjatan elektrik... dah kenapa smpi ke situ biawak menyorok? x psl kan dah lena karan
Seramnya kejadian berpetir ... Salam Ramadan ya
Petir kuat kan . Rumah kwn ccl pun hari tu turut kena petir kilat . Blackout satu rumah & bumbung rumah berlubang .
Saya inget dulu saat masih di Penang, petir di sana juga kuat2, sampai takut . Malaysia sudah mulai panas kah? Ini tempat saya masiiih saja hujan 😅. Semoga lah makin kesini makin hangat. Saya sebenernya tak suka Pana, tapi selalu hujan lebih tak suka 🤣
Agaknya berlindung daripada hujan lebat.
allah ujian di bulan ramadhan.. alhamdulillah semua selamat.
Ujian begini wajar untuk muhasasabah diri,
apa-apapun bawa bersabar dan tenang selalu
selamat berpuasa kak NA. saya pun makin malas mengupdate blog. pengalaman rumah kena petir sampai lampu terbakar tu, saya pun seram mendengarnya. semoga dijauhkan
Betul bila cuaca membahang kat luar, mood kita pun down nak update blog...Tak ada idea nak taip apa...
Innalillahiwainnailahirajiun. allahu ngerinya rumah disambar petir. Alhamdulillah semua selamat tentu seriau kan
Post a Comment