بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah Abah sudah keluar wad lepas CT Scan Selasa 2 minggu lepas.
Saya ambil masa untuk terima kenyataan Abah sudah tidak boleh ke mana-mana sebab kena buat dialisis 3 kali seminggu selang sehari. Benda yang Abah suka buat ialah berjalan, melancong. Tidak dapat bayang benda kita suka ditarik nikmatnya. Macam saya suka duduk rumah tidaklah rasa tapi kalau nikmat kesukaan saya ditarik, dipaksa melancong seluruh duniapun mungkin rasa tidak gembira.
Lupakan hal itu, semalam julung kali keluar makan sarapan di Warung Double Line. Alhamdulillah buka. Haha. Takmolah makan di Warung Sri Tualang yang bertentangan dengan warung ini.
Julung kali juga mencuba nasi ayam.penyetnya. Selalunya saya makan nasi impit dan rendang paru, mihun hailam, roti canai sahaja. Tukarlah selera.
Oklah rasa nasi ayam penyet cuma sambal tidak pedas sangat. Tulis pada kain rentangnya sambal menyengat. Hehe mungkin sebab saya kuat pedas.
Malamnya makan creme brulee (krim hangus) perisa lemon. Adik buat. Siap beli penyumpit (torch) untuk bakar gula pasir atas creme brulee. Untuk pengetahuan creme brulee macam kastard dengan gula atas dikaramelkan yang mengeras. Rasa sejuk, lembut. Tidak terlalu manis. Memang tidak puas makan.
Oklah itu sahaja hendak cerita. Jumpa lagi.
26 comments:
Ayah saya dialisis 4x sehari pun sama dah tak boleh pergi mana-mana..moga ayah2 kita sentiasa diberi kesihatan yang baik sepanjang usia,tenang dan kuat lalui ujian
Insyallah jika daa rezeki utk ayah mesti boleh berjalan walau dialisis selang sehari .. creme brulee lemon mcm best jer :D
Moga ayah NA sihat spt sediakala. Peluang utk NA mengumpul pahala dgn 'menghiburkan' org tua yg sakit. Mereka perlukan anak2 di waktu2 sukar begini, at least memberikan kata2 yg positif.
Allahu.. semoga tiada yg memudaratkan buat ayah Na. Urmmm.. dapnya Creme Brulee
Semoga tambah sehat walafiat untuk ayahanda....cremebruleenya sedaap...
Inilah perkara yang saya takuti dan saya harap tak akan berlaku dekat diri-sendiri sebagai seorang penghidap diabetes dan darah tinggi. Sebab bila ada dua penyakit ni, kemungkinan untuk buah pinggang rosak sangat tinggi dan lepas tu akan kena buat dialisis.
Semoga ayah NA kuat lalui ujian ni.
Mudah-mudahan dipermudahkan urusan rawatan abah NA 🤲
Bestnya pandai buat sendiri. Sy ni makan creme brulee pun belum pernah 🤭
Semoga Allah permudahkan urusan rawatan dialisis Abah NA dan moga kekal tabah.
Kuat makan pedas ni, kedai jual sambal menyegat pun belum cukup menyengat pada NA 😀
Seingatnya saya belum pernah merasa creme brulee. Teringin jugak nak mencuba, perasa lemon tentu tak muak makan.
semoga segala urusan dipermudah Alloh Swt, mbul bantuin doa buat kak na sekeluarga...creme brulee lemon kelihatan creammy dan yummy
Apa-apapun hidup ini penuh dengan ujian...bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada
Moga ayah akk dapat buat benda lain untuk menggembirakan hati
Lama tak rasa creme brulee tu. Sesekali makan sedapnya.
Anak muda umumnya suka jalan2, makan di luar, cari kegembiraan di luar rumah. Beda dengan orang tua yang senang di rumah sahaja.
Allahuakbar, Moga tabah seisi keluarga...
Pssst..sedapnya Creme Brulee 🤩
semoga tabah dan redha ye NA
berat mata memandang berat lg bahu yg memikul s
Ciknur dah hadap dulu , payah mulanya tp insyaallah
arwah ayah dialisys 3 kali seminggu
suka dengan ayat julung kali...ayat bahasa laras tinggi
Moga NA tabah hadapi dugaan ini.
Yang tabah ya kak Na. Apa2pun Allah kasih ujian pasti untuk menaikkan level hambanya. Memang tak enak pasti kalo nikmat ditarik oleh Nya. Tapi mungkin di sisi lain, kita bisa lebih fokus untuk beribadah kepada Nya. Dimudahkan segala urusan kak Na dalam perobatan ayah 🤗
Waah kakak suka pedas yaa. Sama lah kita 😄. Tapi waktu itu saya pernah dpt sambel ayam penyet yg ternyata sangat pedes. Dan saking pedasnya, gastric saya langsung kambuh saat itu 🤣. Agak kapok juga jadinya 😅
creme brulee fav..wah adik buat sdiri ..best tu
semoga abah na kembali sihat. mmg letih bdn kalau kena dialisi kerap. apapun sedap nasi penyet tu
Semoga diberikan kekuatan untuk ujian ini..
Nasi Ayam Penyet, favourite sis..Kalau ada menu ni, x pandang dah menu lain. Betul nasi ayam penyet yang paling penting sambal dia tu kena pedas. Kalau tak pedas, kurang menyengat...
mungkin abah NA tak dapat lg nak jalan jauh-jauh. tp sesekali tu boleh laa bawa dia jalan-jalan kawasan berdekatan supaya dia tak terasa sunyi dan bosan...
Selamat menjamu selera
moga dipermudahkan urusan ayah NA aminnnn
Ada jenis juga dialisis ni. Makcik saya pula, dia boleh travel jauh, asalkan dia buat dialisis in advance dulu, sebelum berjalan. Kalau terpaksa, dia boleh buat manual, tanpa mesin. Itulah, saya pun tak faham sangat. Semoga segala urusan rawatan Abah NA dipermudahkan.
Sedap, tengok nasi ayam penyet tu.
Pandai adik NA buat creme brulee, siap ada torch. Memang sedap, kalau tak manis sangat.
Post a Comment