Kupasan Buku 'Kisah Orang-Orang Yang Makbul Doanya'
    
Assalamualaikum...
Selamat  malam semua dan harap anda menempuh  hari minggu dengan ceria. Haha,  bagi saya pula bangun pagi dengan mimpi  yang menyeronokkan. Seronok  dapat mimpi indah tapi malangnya tak ingat.  Ingat sedikit tapi  perincian tak ingat. Pelik kalau mimpi ngeri, saya  akan ingat dengan  nyata. Tak baik untuk diri mengingati perkara yang  kurang elok atau  negatif. Kena atasi atau elak mimpi ngeri.
Secara  keseluruhan, kehidupan yang saya lalui  sangat baik. Alhamdulillah.  Kesihatan pun baik juga, tiada penyakit atau  sakit teruk. Sekadar ada  la sekali sakit kepala. Perkara kecil. Ada  jugalah kesukaran tapi tak  teruk sangat, masih mampu tangani. Duduk  diam-diam bertafakur apabila  ada aral dan bertenang. Jangan ditambah  kusut dengan melenting atau  marah pada Allah atau pada orang lain.
Bercakap  tentang hal ini, saya nak kongsi buku  yang saya dah baca tapi saya  mengulang semula membaca.  Buku bertajuk  'Kisah Orang-Orang Yang Makbul  Doanya' oleh Abu Afifah terbitan Al  Shafa. Buku ini saya beli pada  harga RM9.00. Walaupun murah tapi banyak  kisah-kisah yang menginsafkan  memberi iktibar kepada kita. Sebagai satu  cara kita untuk menghadapi  dugaan. Dalam ini ada doa khusus yang boleh  kita amalkan. Terdapat  banyak kisah tapi saya petik beberapa tajuk  seperti "Duri ikan  rampasan." Ini perihal nelayan yang ikannya dirampas  orang. Maka  berdoalah nelayan tersebut. Kisah lain pula yang paling  menarik hati  saya ialah tajuk "Orang yang masuk batu ke dalam  telinganya" Ia  berkenaan seorang lelaki yang mana batu masuk ke dalam  telinga sampai  dalam hingga tabib pun tak dapat keluarkan batu tersebut.  Akibatnya dia  mengalami kesakitan telinga yang amat teruk dan tidak  dapat tidur  nyenyak. Maka dia berjumpa seorang alim dan warak untuk  bertanyakan  bagaimana untuk mengeluarkan batu daripada telinganya  seterusnya sakit  hilang. Orang alim tersebut menyuruh dia berubat dengan  kuasa Allah.  Jadi orang alim itu mengajarkan zikir yang maknanya "Wahai  Tuhan Yang  Maha Tinggi, wahai Tuhan Yang Maha Agung, Wahai Tuhan Yang  Maha  Penghiba, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui." Dengan izin Allah batu   terkeluar daripada telinga, dapat mendengar semula dan tidak sakit   lagi.
Tidak  rugi anda membeli buku ini kerana boleh  dibuat rujukan, boleh  diamalkan dan pentingnya tidak bosan dibaca  berulang kali. Jadi pada  sesiapa mencari buku agama yang bagus, saya  cadangkan ini dengan  harganya pun murah.
Jumpa lagi.
P.S: Mungkin saya akan petik doa-doa yang ada dalam buku ini untuk diselitkan pada tulisan akan datang jika bersesuaian. 
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment