Kenduri Kahwin Pada Waktu Malam Hujan Lebat Dan Makan Soto Tersedap
Assalamualaikum...
Lewat kami sampai ke rumah. Hampir pukul 12 tengah malam. Menghadiri kenduri kahwin di Senawang. Majlis bermula pukul 8 hingga 11 malam. Jarangkan pada masa kini orang buat kenduri kahwin waktu malam. Ikutkan tiada perancangan pun tapi Uwan yang mengajak emak, abah dan saya menemankan kerana lain-lain sibuk menghadiri majlis kahwin di tempat lain. Ini kira majlis kenduri kawan baik punya saudara-mara yang buat, keluarga Makcik Hanum jadi Uwan nak sangat menghadirinya.
Tempat memang meriah. Ingatkan tak ramai datang almaklum malam. Kami pun siap sesat-sesat cari vila Spanish (nama sungguh ekslusif). Memang tempat orang kaya, atas bukit, taraf kondo. Kesian Uwan semput mendaki sebab kereta tak boleh masuk dalam sebab penuh dah tempat letak kereta.
Makanan pun dah macam ala-ala hidangan hari raya dengan kambing panggang. Pertama kali hadiri kenduri kahwin yang ada kambing panggang (tak tahu orang lain mungkin tak hairan). Uwan saya tak jamah sangat makanan sibuk berborak dengan Makcik Hanum. Haha sedangkan saya makan nasi putih dengan lauk-lauk lepas tu makan kambing panggang. Dah habis, saya pergi lagi ambil tapi sebab malu, saya guna pinggan kosong yang bersih pergi dekat orang yang memotong daging tu macam baru pertama kali nak ambil. Buat muka cipan. Makan kek lobak dengan aising keju. Sedapnya. Lepas tu makan puf krim. Lepas tu ciluk Uwan punya puf krim sebab dia tak makan, dia leka melayan borak. Rasa macam lama duduk kat situ sebab hujan lebat gak. Agaknya sebab tu saya makan banyak. Cepat lapar. Minum teh tarik panas. Sangat nikmat.
Hantar Uwan balik rumah pukul 11 malam. Sebelum tu Cik Ya bermalam rumah Uwan bawa soto. Jadi kami tapau bawa ke Melaka. Sampai rumah pukul 12, saya makan lagi. Haha. Soto Cik Ya memang terbaik. Makan soto sambil tengok Desperate Housewives. Minum nescafe panas. Seronoknya, agaknya sebab sejuk dan kena hujan, makan dan minum yang panas-panas baru terasa perut penuh.
Haha sementara tunggu makanan dihadamkan, saya nak menonton Masterchef. Jumpa lagi.
1 comment:
wahhhh besh2...huhuhuhu
Post a Comment