Nuffnang

Monday, June 6, 2011

Juadah Yang Biasanya Tiada Dalam Kenduri Kahwin Sudah Ada

Assalamualaikum...

Pada tulisan terakhir saya tulis nak tengok Masterchef sebelum tidur kan? Memang pun maraton tengok siri tersebut di Star World. Lepas solat Subuh baru tidur. Itupun tidur sekejap sebab jiran mana entah memekak kejutkan orang dalam rumah dia bangun. Gila kuat dia ketuk pintu sampai saya rasa seolah-olah dia yang kejutkan saya dan pintu tu pun seolah-olah pintu saya yang dia ketuk. Dahlah orang yang dia kejutkan tu tak bangun buka pintu. Lama pula tu. Tidur mati ke dah mati ke apa? Sedangkan saya pun boleh terbangun dan tak boleh sambung tidur. Saya masih terbaring mengharapkan orang itu diam boleh saya sambung tidur. Mengantuk. Tengok jam pun baru pukul 10 lebih. Lagipun perut rasa senak (mesti sebab makan terlebih had).

Pukul 11 lebih mak saya masuk bilik "Na nak gi kenduri tak?" Ha ini baru betul, kejut lembut je datang masuk bilik. Kalau jenis tidur mati, orang ketuk pintu kuat-kuat pun tak boleh bangun. Sebenarnya saya pun kadang-kadang tidur tak sedar tapi masalah adalah jam pada telefon bimbit tak beri kesan saya bangun. Hehe.

Mula-mula ingat takmo pergi sebab perut senak. Eh lepas tu fikir senak perut tu sekejap je nanti hilang. Memang betul makan kat kenduri takde kesan pun sakit. Lalu je makan. Lepas makan kenduri pertama berhampiran Sekolah Cina Bachang pergi ke kenduri kedua di Ayer Molek. Waktu pergi ni dah Zohor jadi waktu puncak. Memandangkan khemah banyak dan terbahagi 2 (sebab buat dalam 2 rumah) maka tiadalah rasa sesak sangat. Memang selesa dan makanan pun banyak. Saya rasa perkembangan makanan di kenduri kahwin akan jadi pelbagai dan lebih berbentuk makanan rumah terbuka hari raya. Di sini pula ada tomyam. Apa tomyam untuk kenduri kahwin? Asam pedas dan lauk stik daging selain lauk-lauk yang biasa kita lihat di kenduri kahwin macam ayam goreng, rendang daging lembu/kambing, dalca, paceri nanas, acar rampai dan lain-lain. Nanti tak lama lagi orang letak laksa Melaka, roti jala takpun spagheti untuk kenduri kahwin. Kita tengok jerla nanti. Banyak pilihan. Kalau dulu pun nasi minyak/tomato, sekarang dah ada nasi putih.

Agaknya kat tempat korang (di negeri lain) ada tak korang perasan pertambahan juadah yang sepatutnya tiada dalam kenduri kahwin?


No comments: