Nuffnang

Thursday, June 16, 2011

Kisah Saya Dengan Kereta Katik



Assalamualaikum...

Dahulu saya mempunyai kereta katik di mana saya menganggap itulah kereta saya walaupun atas nama emak. Saya dapat ketika saya di tahun ketiga universiti. Masa tu emak telefon cakap ada hadiah kejutan. Mak datang, saya tengok-tengok kereta katik baru untuk saya pakai. Bawa kereta tersebut dari Kota Bharu dengan no plat Kelantan. Selepas itu saya dicop minah Kelantan oleh kebanyakan pelajar termasuk Kak Sally yang mula-mula ingat saya budak Kelantan. Lawak betul. Memandai jerla mentang-mentang kereta katik saya no plat Kelantan. Mula-mula kenal Kak Sally sebab satu rumah 4 bilik.

Saya tanya "apsal Kak Sally cakap saya orang Kelantan?"

Kak Sally membalas "rupa ada rupa orang Kelantan lepas tu pakai no plat Kelantan."

Haha, saya dan Ja gelak. Dalam hati menggetus, "ada rupa orang Kelantan. Tang bahagian mana pulak."

Ok abaikan tak perlu pening pasal rupa. Sambung balik pasal kereta katik. Banyak kenangan saya dengan kereta katik ni. Kereta katik ni yang membuat saya berjalan-jalan sekitar KL dan Selangor. Tidak lupa kereta ini merupakan kereta pertama saya gunakan untuk menempuh jalan sesak di Jalan Tun Razak. Saya jadi berani membawa kereta katik ke tempat-tempat orang tak sanggup nak pergi kalau bawa kereta macam Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang dan lain-lain.

Suka duka saya bersama kereta katik berakhir hampir 1 1/2 tahun lepas apabila abah tukar beli kereta baru. Saya menyampah, tak suka pakai kereta baru. Boleh bilang dengan jari saya pakai kereta tersebut. Tak suka memandu kereta itu sebab besar. Rasa susah nak menerokai dan nak cari tempat letak kereta macam seriau je dengan kereta baru ni. Jadi abah saya jerla menguasai pakai kereta tu walaupun mak bagi saya nak pakai tapi saya enggan. Masalah juga, orang ajak jumpa, saya susah nak penuhi sebab tak suka nak pakai kereta baru tu.

Jadi saya nak gi TESCO atau Jaya Jusco Melaka, saya lagi sanggup jalan kaki walaupun sejam juga nak sampai. Penat juga jalan tapi lagi seronok. Entahlah, saya rasa kalau ada kereta katik mungkin saya seronok bawa kereta katik tu ke TESCO atau Jaya Jusco Ayer Keroh pun takpe. Jadi memandangkan saya menganggap saya dah tiada kereta, nak pergi TESCO jalan kaki kena pada waktu yang sesuai. Antaranya:

-Cuaca mesti awal pagi atau petang redup. Lepas hujan pun lagi bagus.

-Dah siap semua kewajipan baru tenang nak keluar rumah

-Mood. Kalau mood tiada tak boleh gak

Jadi tu yang jarang keluar menghiburkan diri tu. Hehe, kalau dengan kereta katik pernah gak pergi MP. Ni 1 1/2 tahun jangan harap saya pergi MP naik kereta baru tu. Bencinya saya nak memandu dengan kereta baru tu.

Korang mesti tanya mengapa tukar-beli kereta katik tu? Tukar kerana kereta katik saya dah uzur dan asyik sakit-sakit. Tukar - beli pun lagi saya tak bahagia dengan kereta baru tu.

Itulah kisah saya dengan kereta katik saya. Rindu nak memandu kereta tu. Kereta tu buat saya berani nak meneroka jalan-jalan yang tak pernah saya lalui. Senang sebab kereta tu comel kut. Hehe, selalu orang sibuk nak kereta besar dan canggih tapi saya asal kereta katik senang nak pandu cukuplah. Oklah saya menulis ni sebab rindu pada kereta katik saya dan sebab saya nak sangat pergi Jaya Jusco Bandar Melaka tapi takde mood. Uwaa. Jumpa lagi.

P.S: Jadi kepada sesiapa yang merungut susah nak jumpa saya sebab saya dah takde kereta katik yang buat saya semangat nak memandu.


Tak suka memandu bawa kereta besar. Naik kereta besar takpe

1 comment:

abghani said...

good blog.
frm-bilapahatberbunyi-abghani.blogsport