Mengetahui Kelebihan Diri Dan Cara Anda Berkomunikasi
   
Assalamualaikum...
Ok  hari ini secara keseluruhnya emosi agak  stabil. Adakah kerana saya  mengikuti petua yang saya tulis semalam itu  iaitu kurangkan gula dan  berjalan kaki? Tidak tapi saya minum teh dengan  sedikit gula sahaja.  Azab minum teh pahit dan walaupun letak sesudu  gula untuk satu cawan  besar air pun memang tak rasa manis pun. 
Waktu  emosi yang agak agresif itu, waktu  itulah saya perasan saya berani  godek sumber kod blogspot. Membega dan  tak semena-mena menambah  perkakas baru. Masih tak berjaya membuang panau  itu. Menambah perkakas  baru pun mula-mula tak berjaya tapi agaknya  lepas saya keluar daftar  google, masuk balik baru berjaya atau mungkin  saya biarkan beberapa  jam? Perasaan itu memang jangan cakap, kerana  tenaga yang luar biasa  membuat saya tak senang duduk. Memikirkan dan  perasaan yang tidak  tenteram untuk terus menggodek. Padahal pada waktu  emosi stabil memang  fikir berkali-kali untuk menggodek kod. Berani  takut. Ketika emosi dan  adrenalin yang tinggi serta estrogen yang tinggi  maka terus buat tanpa  soal kalau tak angin rasanya. Agaknya mereka yang  merempit di jalan  raya mempunyai perasaan ini kut? :)
Beralih  pada sisi lain, saya pernah nyatakan  saya teruja untuk meneroka bidang  blog dan terutamanya menulis. Saya  suka memulakan dari bawah,  perlahan-lahan naik. Jadi progresif saya  dengan empunya blog lain  berbeza di mana mereka yang sama mula daripada  saya mungkin telah  mempunyai pengikut yang ramai daripada saya, trafik  dan pandangan muka  yang tinggi dan sebagainya. Maka terpulang pada  matlamat, objektif  masing-masing. Apa yang anda kejar? Trafik tinggi?  Penulisan  berkualiti? Pengikut? Adalah penting anda ikuti matlamat anda  dan  jangan terpengaruh atau rasa sedih kerana rasa ditinggalkan. 
Kalau  nak tahu matlamat saya boleh cari pada  tulisan lama-lama.  Alhamdulillah, ia mengikut perancangan dan matlamat  serta memang saya  tak mahu buat secara mendadak. Biar perlahan asal  sampai. Haha boleh  gunakan untuk dunia blog. Lagipun saya ialah manusia  kinestetik. Saya  suka melakukan sesuatu berdasarkan perasaan dalaman  (instinct/gut  feeling). Kalau korang perasan tulisan saya memang tulisan  yang  menyentuh emosi/perasaan saya, perkara yang dekat dengan saya. Apa  saya  suka atau tidak. Saya tidak suka orang suruh tulis itu ini. Saya  ada  cara saya.
Setiap  orang ada cara. Kalau mengikut bahasa  neuro, ada orang berkomunikasi  secara audio, visual dan kinestetik. Satu  lagi cara digital.  Anda tahu  anda dalam kumpulan mana? Tak tahu? Hmm  maka carilah dan kenali diri  anda. Apabila anda tahu kelebihan anda maka  gunakan dengan maksimum dan  elakkan menggunakan cara yang tidak sesuai  dengan anda.
Ok  itu aje saya nak kongsikan. Harap ia memberi manfaat.  Kalau nak tahu  kumpulan mana boleh cari di enjin google atau saya pula  baca buku 'Law  of Connection' oleh Michael J. Lousier. Jumpa lagi.
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment