Assalamualaikum…
Selamat pagi semua. Baru je lepas tengok siri ‘I Have Date With A Spring’. Cerita berbentuk retro dan sentimental. Sedih tengok. Yelah cerita daripada zaman 1970-an hingga 1994. Suka duka kehidupan rakan karib 4 orang:Lulu, Siu Dip, Fong Peng dan Nancy.
Pada perkara lain, saya sibuk menjelajah ke setiap blog, komen dan sambil-sambil tu tengok siri Masterchef Australia. Mereka yang sertai segmen @Freaky memang aktif menulis. Jadi ada sahaja tulisan baru yang terletak bawah papan pemuka (dashboard). Kadang-kadang tak terkejar nak membaca. Apapun baca perlahan-lahan paling penting tulisan terkini sebelum saya boleh baca tulisan lama-lama mereka. Pelan-pelan kayuh. Apapun terima kasih yang melawat, mengikut dan memberi komen. Haha saya sampaikan rasa nak tulis pada waktu dinihari yang hening. Ketika ini tulisan penulis blog tiada langsung. Tidur dah agaknya.
Ok pada sisi lain, esok Y dan Dak Bubut balik. Hari Sabtu ada kenduri rumah Uwan. Gembira betul tak sabar rasanya nak makan makanan yang sedap-sedap. Sekali-sekala makan di luar kebiasaan. Eh tak boleh, puasa akan menjelang, elok bersedia.
Itu sahaja nak luahkan. Jumpa lagi. Mahu sambung tengok Masterchef Australia musim ke-3 yang tak habis-habis lagi.
Hidup Umpama Aliran Sungai |
No comments:
Post a Comment