Nuffnang

Sunday, July 24, 2011

Menghadiri Majlis Persandingan Dan Menjemput M Di Lapangan Terbang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah waktu tengah azan Maghrib. Alhamdulillah kenduri di Cheras telah dihadiri dan adik M sudah diambil di lapangan terbang.

Bertolak dari rumah pukul 10 pagi tadi dan singgah sebentar di kebun pisang di pinggir Tampin sekejap bagi binatang yang jaga kebun. Kemudian ke dewan berhampiran Stadium Kuala Lumpur Cheras untuk majlis persandingan entah nama tak tahu. Untuk makluman, saya tak kenal saudara-jauh belah abah ni. Maka tak tahu siapa nama pengantin perempuan ni dan hubungan antara saya dengan dia. Teruk kan? Ok kami sampai hampir pukul 1. Adik saya, Y bersama keluarga belum sampai maka kami masuk dewan dahulu. Jumpa pula Pak Teh, Mak Teh dan Mak Cik Minah yang sama saing datang. Sama-sama ambil makanan iaitu daging rendang lada hitam, ayam masak merah, ikan goreng tepung masam manis, dalca dan papadom. Boleh tahan sedap. Kawasan kuih-muih, bubur kacang hijau dan teh tarik kat bahagian luar dewan. Jadi dah lepas makan, wajib ambil kuih-muih, bubur dan air untuk mak/pak saudara. Oh lupa lak, lepas kitorang dah ambil makanan Mak Lang pula datang bersama anak lelaki, Arshad bersama keluarga dan anak buah. Y datang lambat, kitaorang dah habis makan dan lepak di luar menunggu ketibaan pengantin barulah nampak batang hidung bersama suami dan Dak Bubut yang diam baru bangun agaknya.

Maka kami (mak+abah+saya) duduk di kerusi luar sambil layan Dak Bubut sementara Y dan suami makan. Ketika ini jemputan semakin ramai ketika pengantin duduk di pelamin. Panas pula kat luar. Maka kitorang jalan-jalan luar tepi dewan untuk ambil angin penyaman udara dan kemudian ke tandas.

Alamak panjang pula, ok lepas tu Y tumpang kereta (maknanya suami dia tak ikut) kitorang untuk ke KLIA. Dalam kereta ni, sepanjang perjalanan saya dah terlena kerana kekenyangan dan kepenatan. Dak Bubut kacau saya pun, saya boleh lalok. Sampai je dah 3 lebih. Jangkaan pukul 3 dia mendarat, sejam pula untuk pemeriksaan kastam, pasport ambil beg. Maka memang dalam pukul 4 lebih dia keluar.

Gembira jumpa M yang makin kurus nampak segak pakai jeans dan kemeja kotak-kotak menarik bagasi dengan beg selimpang. Masuk kereta, M keluarkan i-Pad 2. Nampaknya dia orang kedua dalam keluarga pakai i-Pad. Uwaa, saya bila entah nak ada? Tunggu menang peraduan jawabnya.

Kami dalam perjalanan pulang untuk singgah sebentar ke Kampung Chenaga, Tampin untuk jumpa Uwan. Saya tidur lagi. Tidur jerla agenda saya dalam kereta.

Ok itu sahaja nak cerita. Jumpa lagi.



Inilah Dak Bubut (Gambar Diambil Awal Bulan 5)




No comments: