Nuffnang

Thursday, July 21, 2011

Nak Menipu Jer Kerjanya


(Tulisan Luahan Perasaan)

Assalamualaikum...

Eek eh nak mengadu sedikit pada blog. Entah apa-apalah Maxis ni. Dapat mesej yang mula 2**** tu TIBA-TIBA nak tukar konfigurasi MMS telefon bimbit. Konon lepas tu dapat MMS percuma selama 2 minggu. Lepas 2 minggu, tak pula nak ingatkan pengguna nak teruskan sama ada nak bayar atau tidak. Tengok-tengok kena caj walaupun pengguna tak mahu.

Memang operasi nak perah duit jer kerja. Apabila mesej bagi konfigurasi, terus saya buang. Lepas tu datang sms, kata nak mulakan konfigurasi taip 'Y' hantar ke no 2****. Buang lagi mesej tu.

Dahlah maknanya saya tak mahu, janganlah terdesak menipu mula-mula kasi percuma. Semua orang suka percuma. TAPI lepas tu beritahu la lepas 2 minggu tu, nak teruskan perkhidmatan kena bayar sekian-sekian jumlah. Ni terus anggap jer pengguna setuju.

Eh ke dia dah anggap kita setuju masa dia hantar nak konfigurasi MMS kita tu? Tapi bukan saya minta, iklan datang masuk tiba-tiba sibuk nak buat konfigurasi, kata nak buat sebentar lagi. Takde pengenalan, patut sms tu mula-mula tanya nak ke perkhidmatan ini?Korang pernah dapat tak? Saya benci iklan sms.

Ok dah cukup meluahkan. Maaf yer sesiapa yang baca.



9 comments:

abghani said...

kadang kadang rasa macam nak buang saja talipon kalau dapat sms mcm tu..heheh

smartradz said...

Memang itu semua kerja gila duit mereka. Kalau tak kerja macam tu macam mana nak bayar gaji pekerja mereka, nak tau tak , gaji Pengerusinya je puluhan ribu ringgit, fikir la sendiri.

NA said...

@abgghani: Rugi la buang telefon. Patut buang kad sim kut? :)

@smartradz: Nak duit kena buat cara yang betul

maszull said...

begitulah selalunya...mama plak celcom pun mcm tu jugak...sabo jer lah...:)

NA said...

@maszull: mama, saya dah pergi Pusat Maxis untuk takmo iklan sms. Tapi nampaknya ada yang terlepas.

aamalinaazman said...

heee..sabaq la na...emm..syarikat..beselah..cm tula cr nak amik duet dr owg kan..so..pas ni mungkin perlu wat de jek..=)

NA said...

@mimito: haah dah tau taktik maka tak terima langsung. Dulu ingatkan konfigurasi wajib untuk tukar MMS daripada MAXIS

Syazana Zainn said...

strategi makan duit orang mcm tu la.

lepas tu mula lah bagi sms untuk tgk video bukan2..grrr. benci giler. =,="

NA said...

@Schaze: Tulah pasal nanti kasi entah apa-apa