Nuffnang

Sunday, September 18, 2011

Rehat Sebentar Dan Pemberian



Assalamualaikum...


Lepas kemaskini blog tengah hari tadi, ingatkan saya melepak kat rumah. Sekali abah balik rumah dan saya dengan spontan menanya "Dah pergi keempat-empat rumah ke?" Abah menjawab "belum, lepas Zuhur lagi 2 rumah."


Tidak semena-mena saya menjawab lain seperti saya nyatakan di blog NAK rehat sahaja, sebaliknya saya nak ikut serta. Lepas solat terus ke Taman Rumpun Bahagia dan Bukit Rambai. Nampaknya senak perut tu dah hilang maka makanlah seperti orang lapar. Lepas tu pergi rumah Uwan, pergi Cowboy, Mydin untuk beli barang-barang untuk rumah terbuka. Maghrib baru sampai rumah. Susun pinggan mangkuk cawan plastik. Potong bawang putih, bawang merah, kentang untuk persiapan masak mi kari.


Ahad sibuk lagi. Kali ini kena layan orang datang rumah. Apapun insyaAllah blog anda yang rajin singgah sini akan saya lawat.


Kepada Umi, terima kasih memberi pemberian tidak disangka. Nak edit kain rentang (header) Kak Wina. Suka ada orang sudi nak buatkan. Kepada Mimito, hadiah teka-teki koordinat Mimito dah selamat sampai. Masih tak buka lagi tau sebab nak menghayati waktu buka hadiah. Sekarang tengah sibuk beraya, pergi kenduri. Jadi biar simpan keterujaan tu.


Korang semua singgahlah blog si Umi dan Mimito. Umi ni blog dia kalau anda masuk terus rasa patriotik. Cantik sangat. Mimito pula blog dia banyak maklumat berguna untuk renungan. Bolehlah baca sambil muhasabah diri. Tak rugi ikut blog mereka.


Ok itu sahaja. Jumpa lagi.


P.S: Suka betul perasaan ni dapat pemberian atau hadiah. Hehe. Rezeki jangan ditolak. Kecil atau besar pemberian bukan ukuran. Penting orang itu sudi beri pada kita. Hargainya.






7 comments:

Freaky said...

untung la kak wina leh makan2 dan jalan2 ke rumah orang lagi. saya dah sibuk dengan kelas. =_=

hira said...

wah, sibuk sakan. memang raya betullah ni. huhu

NA said...

@Freaky: Takpe, waktu Freaky akan tiba juga.

@Hira: Ambil kesempatan sempena Syawal.

aimie amalina said...

weeeeeeeeeee
terharu membacenyeeee
T___T
x pe..amik maseee
hihi.ingat akak dh buka..kikiki
ye akak
waaa..bizi lagi die
hihihihi
siang tadi mie kua segala
ni bawu bole berbelog ha
huhuhuhuhu
mie gi jb 21 ni...konvo 24 ha..parents mai 23
haa..lgkap sume gitaw..kikikiki

NA said...

@Mimito: Lepas ni Mimito lak sibuk. 3 hari lagi nak terbang. Baik-baik jalan dan selamat berkonvo.

fatynadia said...

akak. letak la gambar masakan mee kari akak tu

NA said...

@Fatyn: Nanti Kak Wina letak. Oo mi kari tu mak buat. Kak Wina tolong jer.