Nuffnang

Wednesday, September 21, 2022

8 September: Pengembaraan Ke Jeli

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tidak kisahlah masalah suapan keluar lambat pada pemuka blogger, saya tetap akan coretkan sebagai kenangan.

Kami bertolak dari Tampin kira-kira pukul 3 pagi melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Jadi ada singgah di beberapa perhentian RnR seperti di Dengkil Utara untuk lepas hajat. Kemudian perhentian Tapah untuk solat, makan dan sarapan. Alhamdulillah perjalanan agak lancar. Banyak kenderaan berat sahaja.

Akhirnya kami memasuki Persimpangan Kuala Kangsar untuk keluar ikut jalan dalam melalui Gerik seterusnya ke Jeli.

Persimpangan Kuala Kangsar



Sepanjang perjalanan kami disajikan hutan-hutan dan pemandangan gunung. Mencabar sedikit. Dalam perjalanan ini kami tidak singgah mana-mana sebab kejar waktu. Lagipun kami kena ambil kunci daripada Pak Tam untuk masuk ke rumah penginapan kami yang bernama Amir's Homestay. Apapun kami sempat menghayati keindahan Tasik Banding dari kereta.

Pemandangan Tasik Banding



Pukul 11 pagi kami sampai di kawasan penginapan iaitu Taman Kifayah. Tidak pasti mana satu kerana ia terletak di kawasan perumahan dan tiada nama rumah. Kami menunggu Pak Tam yang belum sampai lagi. Dalam pukul 12 Pak Tam sampai dan beritahu mana satu rumahnya beserta kunci. Alhamdulillah selesa. 1 bilik utama bersama 1 bilik air. 2 bilik tidur berkongsi 1 bilik air. Ada dapur gas, pinggan mangkuk, peti sejuk. Macam di rumah. Kami cuma masak air dan panaskan semula nasi goreng. Rehat dahulu dan solat qasar dan jamak takdim. Pukul 2 petang lebih Pak Tam telefon ajak makan tengahari ramai-ramai bersama di gerai.

Gerai Ly'd Cafe jadi pilihan. Saya memilih nasi putih dan lauk paprik.

Gerai Ly'd Cafe


Berbeza sedikit paprik yang selalu saya makan. Cara Kelantan agaknya bukan cara Thai. Banyak bahan-bahannya. Apapun makan sampai habis. Alhamdulillah kenyang dan kami pulang ke homestay masing-masing. 

Nasi Putih Dan Lauk Paprik


Pak Tam sewa 3 rumah. Berehat betul-betul kali ini. Lepas Maghrib ke penginapan rumah Pak Tam untuk gubah hantaran. Ada video saya ambil.




Ok sambung lagi cerita esok pula iaitu majlis nikah dan kenduri. Tunggu....

27 comments:

Vanilla Maple said...

seronoknya. VM pernah sekali je ke Jeli masa kem sekolah dulu hehehe

norhidana said...

nampak perjalanan akak lancar je tanpa jem, mesti meriah aktiviti buat gubahan tu lagilah bila ada saudara mara yang lain

nohas said...

Alhamdulillah, perjalanan lancar...seronok berkumpul saudara-mara time kenduri...

Sunah Sakura said...

blog NA macam laju pulak loading...dah setel ke ek masalah blogspot ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Jeli ni, sy pernah tumpang lalu jer. Tumpang tidur, belum, hehe.

NA said...

Tiada ubah apa-apa.
Rasanya dah selesai masalah blogspot atau feed pada blogger.

Khairul Krol said...

Dah 2 tahun tak lalu jalan ke Jeli. Dulu lalu sebab nak ke Terengganu.

Puan Hazel said...

Alhamdulillah rasanya masalah ni dah setel kot, sy pun dah boleh nmpk feed rakan-rakan Blogger dah.
Seronoknya berkumpul beramai-ramai utk majlis kahwin...

Ako Retna said...

tak pernah lagi sampai area Jeli ni...

Carneyz said...

Seronoknya berkumpul dgn sanak-saudara kan.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Best kan jln2. Walaupun bervideo entri ni laju juga loading. Alhamdulillah. Akak pun ingat nak main upload2 video la nt. Hihi.

Ujie Othman said...

Perjalanan agak mencabar tapi seronok layan pemandangan alam.

Meriah sungguh gubah hantaran. Dah lama tak rasa suasana gitu.

Amie said...

Belum pernah sampai Jeli, tapi biasa dengar namanya.

Warisan Petani said...

dah lama tak lalu jalan atas hutan ni

amcho_wa said...

Best nya. Teringin nak pergi 🥰

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Dah lamaaa saya tak makan ayam paprik ❤️❤️. Dulu ini lauk favorit masa2 kuliah di Penang. Jadi penasaran juga paprik ala Kelantan. 😄👍

Abam Kie said...

mesti byk shopping bila dtg Kelantan kan? Kelate ni x de tempat menarik utk dilawati. pelancong2 cuma dtg nak shopping n makan je.

Nur said...

Awalnya bertolak, pukul 3 pagi. Patut lancar perjalanan. Seronok gubah hantaran sama-sama ahli keluarga.

NA said...

Tidak banyak pun. Tidak sempat. Beli keropok kering.

SalbiahM said...

Laju jugak loading. Mungkin dah settle masalahnya. Oh ke Jeli ada kenduri rupanya

mamapp said...

jauh tu dari melaka. mmg cantik la Tasik Banding tu

Azhafizah MN said...

Jauh perjalanan akak ke Kelantan. Seronok memandang kehijauan semasa perjalanan. Meriah suasana kalau ada majlis kenduri kahwin. Bagus stay homestay yang lengkap, sesuai untuk penginapan keluarga.

Sha Mohamed said...

Jauh perjalanan sis ke Jeli.. Lain tempat lain cara masakannya kan..
Seronok bila buat kerja ramai-ramai..

nayfatimahrasyid said...

Dulu pi Pasir Mas kenduri kahwin jugakk

Fieza Sani said...

Lalu laluan hijau sepanjang perjalanan..sejuk mata..sambil2 nak gi kenduri kahwin, pakej lah berjalan sekali yea tak?tambah pi ke kelantan pula tu. sana makan & shopping..hehe...

dear anies said...

jauh jalannya tuuu tp ada family mmg syok. x terasa jauh dan penat..

mrhanafi said...

Majlis yang best dan menarik ialah akad nikah...baik kepada tetamu mahu pun kepada empunya diri