Nuffnang

Wednesday, September 28, 2022

9 September: Akad Nikah Dan Kenduri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ok sambung cerita sebelumnya. Bangun awal dan bersiap kemas barang untuk keluar dari rumah penginapan. Pukul 8 pagi lebih bertolak ke rumah penginapan Pak Tam untuk sama-sama ke masjid tempat akad nikah. 

Sementara tunggu pengantin lelaki bersiap maka sarapan dan borak-borak dahulu. Pihak pengantin perempuan ada hantar pulut dengan ikan goreng dan kelapa parut. Saya bertanggungjawab untuk angkat salah satu dulang hantaran.

Pukul 9 pagi bertolak ke Masjid At-Taqwa mukim Lakota,Jeli. Tidak jauh perjalanan. Kira-kira 15 minit. Rumah pengantin perempuan memang dekat dengan masjid ini.

Bukti saya sudah sampai di masjid.

Peta Lakaran Masjid At-Taqwa Mukim Lakota, Jeli



Sementara menunggu rombongan pengantin perempuan, kami ambil gambar bersama mereka yang angkat dulang pengantin. Saya yang pakai pelitup separuh muka.

Mereka Yang Comel Lote



Lepas itu kami disuruh ke dewan belakang masjid. Ia sangat selesa ada karpet, kipas dan kerusi. Ketika ini Tok Kadi ada, bakal pengantin lelaki dan perempuan ada.

Kami Yang Menyaksikan Majlis Akad Nikah Baik Daripada Pihak Lelaki Mahupun Perempuan



Selepas sekali lafaz, maka selamat ijabkabul Ihhan dan Miera. Tiada percubaan. 

Lepas itu pengantin lelaki dan perempuan masuk ke masjid untuk solat. Baguslah ya solat berjamaah mereka berdua. Selepas itu bermulalah acara mengambil gambar dalam masjid. Bermula dengan pengantin dengan ibubapa masing-masing.

Pengantin Dengan Ibu Bapa Masing-Masing



Kemudian dengan sanak-saudara keluarga lelaki.

Keluarga Sebelah Pihak Lelaki Tapi Ada Yang Tiada Juga



Kemudian sanak,-saudara keluarga perempuan. Banyaklah ya gambar. Saya letak yang penting dan mana ada.

Acara dinantikan makan kenduri. Ehem. Berjalan kami beramai-ramai lalu lorong kecil ke rumah pengantin perempuan.

Ada gulai daging kambing, lembu, ayam masak merah, kerabu (tidak pasti tapi macam ada daun limau purut yang dihiris. Sedap!) dan sambal ikan bilis dengan kering dihiris.

Ini Yang Saya Ambil



Rasa rugi tidak cuba gulai kambing dan lembu. Apapun lauk yang saya ambil sedap. Apa boleh buat saya makan sedikit. Air pula air soda herbs. Segar rasanya. Cuaca panas masa ini. Pencuci mulut ada bubur cha cha, tapai pulut. Tapi tidak makan pun pencuci mulut. Apabila fikir rasa rugi tidak dapat rasa semua makanan di kenduri Jeli ini.

Lepas makan kami ke masjid semula untuk berarak dari masjid untuk ke rumah pengantin perempuan. Masa ini pengantin tukar baju songket biru muda. Bawa sekali hantaran ke rumah (sebelum itu tinggalkan hantaran di tembok masjid. Tawakal betul yakin tidak dicari ketika makan di kenduri).

Lepas itu kami bersurai dalam pukul 12 tengahari. Masa untuk pulang.

Terima kasih Pak Tam sekeluarga sedikan penginapan dan makan minum. Tidak lupa juga bagi keluarga Pihak pengantin perempuan juga. Moga Allah Murah kan rezeki mereka. Amin. Ada benda kami boleh ambil sebagai contoh.


29 comments:

Puan Hazel said...

Alhamdulillah selesai sudah .
Kalau sy suka ambil serba sikit lauk-pauknya... sebab lauk kenduri ni sedapnya lain macam :D

Ujie Othman said...

Memang comel geng angkat dulang hantaran tu, lagi2 yang berpelitup muka tu 😊

Hantaran atas tembok masjid, bukan je yakin tak kena curi. Malah yakin takde yang tertolak jatuh dulang tu ya 😄

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah, syukur segalanya dipermudahkan.

Ammi said...

baca list menu pun dah meleleh air liur...kerabu tu mesti bestkan

norhidana said...

Cantik pengantin nya, yang bawa dulang hantaran pun semua comel-comel belaka terutama yg pakai mask tu hehhehe. Seronok bila dapat jalan ke negeri orang ni, memacam pengalaman makanan ada dapat di rasa.

mamapp said...

alhamdulillah sekali lafaz aje, selamat pengantin baru Ihhan dan Miera

mamapp said...

pembawa dulang pun dh mcm perantin dah

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
tahniah buat pasangan

Vanilla Maple said...

sedapnya kerabu! hehehehe, btw dulang girl cute semuanya

SalbiahM said...

Tahniah kepada pasangan pengantin. Biasalah di majlis kenduri kita tak lalu makan sebab penat dan panas

Carneyz said...

Alhamdulillah dipermudahkan majlis nikah. Sweet nya pengantin berdua solat sunat berjemaah lepas akad nikah.
Sedapnya gulai kambing kenduri kawen. Dah lama tak makan hehe.

Khairul Krol said...

Tahniah, selamat pengantin baru

mrhanafi said...

antara momen yang mendebarkan NIKAH..

hehehe

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..urusan majlis Allah permudahkan. Semuanya berjalan dengan baik. Pengurusan pihak masjid pun bagus uruskan majlis. Kadang macam tu jugak kak, bila dah banyak menu tak tahu nak makan mana satu, lepas tu menyesal tak cuba rasa. huhu...

Ako Retna said...

Alhamdulilah, selesai majlis nikah.. semoga perkahwinannya kekal hingga akhir hayat,,,

fairus said...

Selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga kekal hingga ke anak cucu

Abam Kie said...

barokallah. tahniah kpd kedua2 mempelai. best kan kenduri kahwin di kelantan?

Nur said...

Alhamdulillah, semua selamat.
Comei comei belaka, dulang girls. :)

Shikin Razali said...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Seronok kan dapat makan masakan kenduri kahwin..

NA said...

Seronok. Suasana kampung, angin sepoi-sepoi bahasa bawah pokok.

Mrs. A said...

Bila makan kenduri macam tulah bila ketika itu macam kenyang ambil pun lebih kurang aje. Bila dah balik rumah teringat lauk kenduri hahahaa...
Tahniah buat pasangan pengantin didoakan berbahagia sampai syurga.

Amie said...

Meriahnya!
Suka tengok gang dulang hantaran. Cantik manis!
Selamat pengantin baharu buat kedua mempelai.

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Selesai dah semuanya..
Jarang jumpa soda herbs di kenduri.. Melegakan..

nona sani said...

Alhamdulillah, semoga kedua dua mempelai terus bahagia dan tabah dalam melayari rumah tangga yang dibina.. Aamin 💕

Nina Mads said...

alhamdulillah dipermudahkan urusan.. sedap2 lauk tu

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kliatan sedaaap lauk lauk nya kak. Saya jadi ingat acara nikah di Aceh, agak2 mirip lah seperti ini. Tapi kalo tradisi Jawa beda lagi. Semoga kedua pengantin bisa langgeng sepanjang hayat dan mudah rezekinya 🙏

nayfatimahrasyid said...

Alhamdulillah... Jauh NA pergi yer

Fieza Sani said...

Alhamdulillah..Selesai majlis..Sedap menu2 yang dihidangkan tu..saya pun jenis makan sikit juga...perut kecik..hehe..

dear anies said...

barakallahulakuma..semoga berbahagia hgga ke jannah aminnn