Nuffnang

Monday, July 18, 2011

Saya Berhubung Dengan Orang Cara Kinestetik. I Am A Kinesthetic Person. Process Information And Communicate That Way.

Assalamualaikum...

Kali ini taknak tulis pasal peraduan, segmen. Nanti orang pun bosan kalau blog kita asyik cerita segmen itu ini peraduan itu ini. Ok kali ini saya nak cerita pasal saya bergantung pada naluri untuk buat keputusan.

Bagi mereka yang belum tahu yang saya seorang yang berkomunikasi secara kinestetik. Apa-apa yang saya buat kena ada perasaan senang hati atau untuk membiasakan diri dengan sesuatu dahulu yang baru/asing sebelum melakukan sesuatu. Kira kena panaskan enjin diri dahulu.

Masuk blog orang pertama kali pun kena ada perasaan/getaran. Rasa terhubung. Faham tak? Haha perkataan canggih. Perasaan dekat pada hati. Kalau tengok rasa biasa, rasa janggal, rasa kekok, rasa terasing, tiada kesan, minta maaf perasaan tiada untuk teruskan untuk kali pertama. Senang cerita tak ngam. Tak semestinya blog tersebut canggih atau perkakas memukau saya tertarik. Kadang-kadang blog yang biasa, sempoi pun saya boleh ikut. Saya bergantung sangat pada perasaan dan rasa kebiasaan/selesa pada blog tersebut. Ikut segmen pun begitu juga. Kadang-kadang baca tapi tak minat nak ikut. Tak rasa ada 'roh' untuk beria-ia untuk sertai. Hubungan kimia (chemistry) tiada. Kena naluri saya menyenangi sesuatu perkara dan suruh saya buat kalau tidak hati tidak senang.

Haha korang faham ke apa yang saya taip ni? Minta maaf kalau tak faham. Mungkin mereka yang sama cara komunikasi dengan saya faham. Kalau korang suka baca sesuatu blog sebab apa? Kongsikan dengan saya. 


P.S: Memang ada keburukan dan kelemahan cara komunikasi kinestetik ni. Antara kebaikan seorang yang menyokong, teliti, pekerja berpasukan yang bagus (bekerjasama) Keburukan pula sangat teliti sebab terlalu ikut sistem sampai melembabkan kerja, susah sangat nak buat keputusan (punyalah teliti fikir pro dan kontra kadang tulis blog pun camtu), mudah pening atau keliru kalau banyak pilihan untuk buat keputusan segera


6 comments:

schaze zainn said...

wahhh ayat POWER giler.

at first tak berapa nak faham

kena baca ulang2 baru faham..

biasalah tengah kenyang ni otak pon lembab sikit..ekeke xP

tapi pendapat kamu tu mmg btul, kalau gaya penulisan org tu tak best, tak retilah nak komen2 semua..xP

NA said...

Hehe saya minta maaf kalau tak faham. Tulah terfikir gak pos ni ada ke orang faham maksud tulisan saya ni? Terima kasih yer Schaze

Jasman said...

ok...sy cuba fahamkan...hehehe

NA said...

Alamak awak tak faham eh? :)

Jasman said...

ok....sy dah faham...haha

NA said...

Wah sanggup ambil masa untuk fahamkan. Terima kasih yer