Nuffnang

Tuesday, July 19, 2011

"Aku Blogger Baru La Bang!!"

(TAMAT SEGMEN)


Assalamualaikum...

Tengah terkulat-kulat ni tiba-tiba rasa nak sertai segmen blog Bangku Kosong yang mendapat kedudukan 555 dalam Malaysia. Klik untuk tahu lebih lanjut syarat dan cara penyertaan. Tarikh tutup pada 20 Julai 2011 pukul 5 petang waktu Malaysia GMT+8.


Letak kepala blog. Ok letak dah.

Ini butir-butir yang diminta

  • Nama blogger: NA/wina1979 dan nama blog: Pencarian Jiwa Diri Saya

  • Tarikh atau tahun mula blog: Ikutkan saya mula menulis pada blog tahun 2005. Saya berblog menggunakan pelantar Friendster (sedih blog dibuang oleh Friendster) tidak aktif sangat menulis ketika itu tapi kira baru lagi kalau blog menggunakan pelantar blogspot . Tarikh buat blog menggunakan blogspot pada 29 Oktober 2010. Selepas itu boleh dikatakan saya aktif menulis. Boleh baca di sini untuk sejarah saya berkecimpung dalam dunia blogging.


  • Widget paling best: Revolver Map yang terletak di hujung ke bawah sekali kaki blog. Peta dunia yang terdapat titik-titik yang menandakan pengunjung-pengunjung dari negara-negara lain berkunjung ke blog saya. Satu kepuasan apabila blog saya dibaca oleh pembaca negara lain. Getaran keterujaan yang tinggi untuk saya merealisasikan untuk melancong ke seluruh dunia. Saya ada tulis pasal perkakas ini DAN impian saya dalam tulisan ini.

  • Widget paling tak best: Google Analytics. Baru je sehari saya pasang pada bulan lepas dan selepas itu saya buang kod tersebut daripada pengedit html. Lagipun bagi saya Google Analytics ni lebih kurang sama sahaja fungsi histats yang saya pakai malah histats lagi seronok dan interaktif.

Terima kasih yang membaca tulisan-tulisan saya dan memberi komen. Kepada yang baru datang blog ini diharapkan singgah-singgah lagi dan tinggalkan komen. 

1 comment:

Admin said...

Salam.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya dan join segmen saya.