Assalamualaikum…
Salam dinihari. Cuaca sejuk sebab tadi hujan turun dengan lebat. Seronoklah sebab tak panas.
Mereka yang mengikuti blog ini sedia maklum yang saya ni hantu peraduan. Suka sangat masuk peraduan. Peraduan yang boleh saya sertai dan sukai macam Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian. Bercakap mengenai peraduan ini, ada peserta peraduan yang beri komen dia menang peraduan tersebut. Ucap terima kasih. Tak tahulah adakah saya telah membantu dia dengan menulis tulisan pasal jawapan? Kalau ya, alhamdulillah. Rezeki dialahkan walaupun saya tak menang. Uhuks sedih.
Apapun saya ada cuba masuk peraduan dalam blog. Ala yang mudah-mudah jerla kan. Untung nasib menang pula. Selain masuk segmen baru pertama kali.
Eh oklah itu sahaja. Orang lain kebanyakannya hari ini buat pos bergambar. Saya buat sesi meluahkan perasaan dan kecenderungan saya. Jumpa lagi.
P.S: Ada peraduan menarik dan lumayan di suratkhabar, saya akan kongsikan kepada pembaca terutama tentang petunjuk dan jawapan. Bolehlah kita berbincang. Kalau anda ada komen tentang peraduan yang telah anda sertai dan menang, boleh ceritakan. Jangan lupa beritahu hadiah apa yang anda menang.
1 comment:
kadang suka masuk peraduan..kadang malas...sebab jarang LUCK... teheee...
sy sudah jawab soalan awak :
http://soliciousstorynory.blogspot.com/2011/07/soal-dan-jawab-lebih-panas-dari-anwar.html
Post a Comment