Nuffnang

Sunday, August 14, 2011

Memulakan Sesuatu Memang Sukar


Assalamualaikum…

Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari ke-14 kita berpuasa.  Bagaimana puasa kalian? Puas hati dengan kualiti puasa yang dilaksanakan? Kepada mereka yang berpuasa lebih 13 jam di bahagian Garisan Sartan dan ke atas, semoga tabah berpuasa dan lagi-lagilah yang duduk di Kutub Utara yang mengalami siang 24 jam (Soltis Musim Panas).

Ok sebenarnya nak mengimbau kenangan percubaan pertama puasa bagi saya. Bagaimana dengan pengalaman pertama cuba berpuasa?Ada yang berjaya tak pada percubaan pertama untuk berpuasa?

Bagi saya, pertama kali cuba untuk puasa ketika saya darjah 1 (lambat kan?) Hari pertama cubapuasa dan ketika itu hari sekolah. Ketika waktu rehat memang kebanyakan rakan sekelas keluar untuk makan. Saya yang tinggal. Tapi tak tahan sangat haus pada pukul 11 lebih, ketika itulah menggelupur haus dan oleh kerana tidak bawa bekal minuman maka saya minum air yang rakan saya bawa. Memang tak mencukupi dan saya rasa sangat haus. Saya rasa silap saya juga kerana aktif main kejar-kejar waktu rehat.  Maka hari pertama tak puasa sampailah ke akhir Ramadan.

Darjah 2, saya tinggal di JB. Tak silap saya puasa pertama jatuh pada hari cuti. Maka ketika hari pertama cubaan untuk berpuasa. Ketika keluar membeli-belah di Singapura (dekat) dan ketika itu secara relatif mata wang Singapura rendah ketika itu berbanding sekarang. Pulang ke rumah waktu petang dan sampai ke rumah hampir pukul 5 petang. Merengek-rengek kat mak untuk buka. Tak tahan sangat. Sebenarnya saya dah terliur dengan air vitagen yang dibeli. Maka berbuka. Apabila difikirkan sayang sebab lagi 2 jam nak berbuka. Hari ke-2 pula, saya di rumah jiran, digoda rakan sebaya mengenai puasa separuh. Lawak rasanya, ketika di rumahnya, waktu azan Zohor berkumandang, rakan saya ni berbuka. Puas dia yakinkan dah sampai waktu berbuka. Saya pelik juga tapi rakan saya ni mati-mati cakap dah. Percaya dah buka, dia beri saya makan minum. Balik rumah saya bagitahu mak saya dah berbuka. Mak marah sangat sebab saya percaya sangat cakap rakan. Kemudian baru saya tahu dia dilatih mama dia untuk berpuasa separuh. Hari ke-3 alhamdulillah barulah saya berjaya puasa penuh. Macam tak percaya. Seterusnya tiada masalah berpuasa penuh sejak itu kecuali saya sakit dan keuzuran syarie.

Apapun apabila saya merenung kembali PERMULAAN untuk melakukan sesuatu perkara adalah paling SUKAR? Betul tak? Apabila dah tempuh dan melaluinya maka semakin lama ia menjadi semakin mudah. Bak kata pepatah ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’ yang bermaksud usaha dan susah payah untuk mencapai hasrat. Kesusahan bermula apabila kita mula mengerjakan sesuatu lebih-lebih lagi perkara yang pertama kali dilakukan kerana kita belum biasa, tidak tahu kesukaran yang bakal ditempuhi. Apabila sudah mengalaminya barulah kita bersedia dengan rintangan dan cuba membiasakan diri. Semakin lama kita akan cuba memperbaiki dan meningkatkan kualiti. Begitu juga puasa kita sepatutnya semakin lama semakin naik kualitinya. Asal daripada tidak puasa, puasa separuh, separuh ¾ dan seterusnya penuh. Apabila puasa penuh (fizikal) tingkatkan pula bahagian hati, mental.

Panjang dah tulisan saya. Jumpa lagi.  


P.S: Ada tak yang mula puasa tidak mengalami kesukaran?

Nampak Sukar Tapi Apabila Sudah Biasa Menempuhinya Akan Menjadi Mudah







9 comments:

aamalinaazman said...

comeinye mase kecik2 dulu ye..hihihi
hayoo
betol tu kak
merangkak2 sebelom bertatih kan..pastu bru boleh jalan.
baru boleh lari =)

NA said...

@Mimito: Betul tu. Kalau tak, tak berjalan kita ni kalau tak bermula daripada terbalikkan badan.

Jajas said...

memang susah...sbb nak yakinkan mak yang sy betul2 xlarat nak puasa...hehe

NA said...

@Jasman: Waktu mula-mula belajar puasa ke? :)

yusuflaili(Goku) said...

Salam,
menahan lapar dan haus memang ramai yg dapat bertahaan dlm sehari..tapi byk yang tak mampu bertahan kalau tidak bercakap,mendengar dan melihat dlm sehari..

abghani said...

Jb kt ner

maszull said...

salam wina...mmg betul nak mulakan sesuatu mmg agak susah tapi bila dah lama n biasa kita akan rasa kejayaannya...:)

Jajas said...

ah2...pada hal ngada2 xnak puasa...hehe tp sekarang puasa penuh tau..insyaAllah..

NA said...

@Yusuf: Betul tu.

@Abgghani: Bandar Baru Uda.

@Mama Maszull: Haah nak mulakan sesuatu yang payah, kena ada keazaman.

@Jasman: Ok bagus tu :)