Nuffnang

Friday, September 9, 2011

Aktiviti Hujung Minggu Dan Peraduan/Segmen



Assalamualaikum...


Selamat malam semua.  Selamat berhujung minggu. Mesti ramai yang sibuk merancang esok dan lusa nak jalan mana kan? Sementelah bulan Syawal belum habis. Samalah dengan saya, esok dan lusa hari berjalan ke rumah sanak-saudara dan rakan-taulan yang dekat dan jauh.


Ada juga sibuk mengemas barang untuk kembali semula ke universiti. Selamat belajar. Ada yang dah sampai, ada dalam perjalanan dan ada yang akan bertolak esok dan lusa. Rasanya dunia blog akan sunyi sepi sedikit buat sementara waktu. Apapun berhati-hati di jalan raya semua yang merancang mahu membuat perjalanan.


Ok tukar cerita lain mengenai peraduan. Hehe semalam kerana Mimito buat peraduan tanpa saya sedari waktu saya nak melelapkan mata, saya terfikir (sebelum tu tak tergerak nak fikir :P) kalau saya buat peraduan, peraduan apa saya nak buat. Siap fikir terperinci, syarat penyertaan, hadiah semua. Fikir mampu ke saya sebagai penganjur nak uruskan? Maka saya buat kesimpulan saya belum mampu lagi. Takpelah biarlah saya memeriahkan peraduan orang lain dahulu terutama peraduan daripada mereka yang setia menyokong blog saya.


Terima kasih yang menganjurkan segmen, peraduan yang saya sertai. Memang anda semua hebat kerana mampu anjurkan. Ok itu sahaja nak coretkan. Jumpa lagi.


P.S: Eh esok dan lusa mungkin saya tak dapat nak buka blog (tengok keadaan) tapi saya ada buat pos kehadapan (auto-post) mana tahu ada yang setia nak masuk blog waktu saya tiada. Nanti saya akan melawat kembali blog-blog apabila ada kelapangan. Terima kasih kerana menyokong blog saya.

P.S.S: Takde aral saya akan ambil CPU saya kat rumah Mok di Ampang, Selangor. Nanti dapatlah muatnaik gambar baru. Korang pun mesti bosan tengok gambar yang dah digunakan. Saya lagilah bosan guna gambar lama. 

P.S.S.S: Kalau korang rajin dan nak tengok video saya muatnaik video pertama dalam blog (tulisan lama) Video: Aksi Spontan Saya Yang Kelihatan Lawak






6 comments:

aamalinaazman said...

hehehee
x pela
kak..mule sikit2 je kalo akak nk buat jugak
sy pon wat sikit2 je ha
hihihihi..papepun owes support akak!
wee
akak..jgn lupe rindu sy nnti..hehehhee =]

p/s: akak g NZ eh?

NA said...

@Mimito: Terima kasih bagi pendapat. Tulah fikir pun nak mula buat kena kecil-kecil dahulu. InsyaAllah tak hilang lama :)

P.S: Haah pergi bulan 12 tahun lepas.

maszull said...

salam wina...selamat bercuti di hujung minggu nak gi beraya yer...:)

abghani said...

C..U..jgn lama sangat menghilang

Gary Asip said...

susah nak urus peraduan ni... gary urus segmen sikit je pun dah semput.. huhu~.

NA said...

@Mama Maszull: Haah beraya dan menghadiri kenduri.

@Abghani: Hehe tengok keadaan.

@Gary: Haah kena ambil berat.