Nuffnang

Friday, September 9, 2011

Masanya Akan Tiba




Satu hari nanti aku akan membuka lembaran silamku dan ketika itu aku tidak segan membuka dan menyatakan secara tulus. Tidak gusar dengan pandangan orang kerana ketika itu aku telahpun lepas dari 'tempoh gelap' itu dan menempuh 'tempoh kegemilangan'.


Sabarlah wahai jiwa memang engkau rasa lamanya masa sengsara itu tapi ingatlah setiap kesakitan itu Allah berikan pahala jika Engkau redha. Tidakkah engkau teringat Nabi Ayub yang menderita sakit, anak-anaknya mati dan baginda jatuh miskin? Maka kuatkan imanmu. Inilah masanya engkau penuhi masa lapang engkau dengan suluk pada Ilahi.


Oh betapa indahnya aku dapat hadapi ujian seteguh Nabi Ayub. Kalau di dunia, kita dinilai A+ untuk kecemerlangan maka anggaplah juga ujian ini sepertinya. Moga cemerlang di akhirat.


P.S: Tulisan kehadapan. Ditulis ketika jiwa tengah sebak

10 comments:

SoLy SoLicious said...

semoga diri menjadi setabah nabi syub... InsyaAllah :)

aamalinaazman said...

hayooooo
kenapa berat sekali kedengarannye akak ku
walau apepon
mimi harap akak molek2 aje ye

abghani said...

kalau kamu rasa sebak aku pun rasa sebak jugak.....

Jue said...

nape ni yunk..xmo la sedey2 k..huk3...life nie full of meaning syg..hope u selalu bahagia..muahhhhhh!!!

maszull said...

salam wina...nape nadanya cedeh jer..apa yg sebaknya...
cecite cecite...
kacau jer mama nikn...:)

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Makin besar musibah yang datang kepada kita makin dekat Allah dengan kita..

NA said...

@Soly: InsyaAllah mencuba ni.

@Mimito: Terima kasih Mimito.

@Abghani: Bro sama macam Wina gak ke?

@Jue: Terima kasih Jue.

@Mama Maszull: Nanti mama, satu hari nanti :)

@Yusuf: Memang pun.

Syazana Zainn said...

semoga kak wina sentiasa tabah dan kuat dalam apa jua keadaan ok :)

aamalinaazman said...

weeee
akak syg...meh gi sini meh :

http://aimieamalinaazman.blogspot.com/2011/09/heeeeeberakhir-sudah-penantian.html

NA said...

@Schaze: Tengah mencuba Schaze.

@Mimito: Penantian satu penyeksaan tapi membuahkan hasil. Eh 2 dalam 1 lak :)